Artis / Selebriti
” Meremang dengar suara Nadeera ni. Tiada langsung bayangan Dayang, style tersendiri.. ” – Komen Netizen

Video Nadeera menyanyikan lagu Dayang Nurfaizah sempena segment tribute Konsert Meletop TVS raih pujian ramai. Wah lain betul lagu Dayang bila Nadeera yang menyanyi. Macam lagu sendiri, sampai kita lupa ni lagu Dayang..
Nadeera Zaini antara bintang yang semakin bersinar dan menjadi sebutan. Lagu hits Nadeera ciptaan Hael Husaini berjudul Bukan Lagi Kita menaikkan nama Nadeera. Penyanyi kecil molek ini juga memiliki vokal yang hebat dan mampu menyanyi lagu bernada tinggi dengan cukup baik.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Malaysia dan Media Hiburan Official, telah dikongsikan beberapa buah video Nadeera membuat persembahan di Konsert Meletop TVS semalam. Nadeera diberikan penghormatan untuk menyanyikan beberapa buah lagu Dayang Nurfaizah pada segment tribute Dayang.
Antara lagu yang dinyanyikan oleh Nadeera adalah Erti Hidup dan Hakikat Cinta. Suara Nadeera cukup lunak dan cara Nadeera menyampaikan lagu Dayang ini ternyata berbeza dengan penyanyi asal. Tiada langsung kedengaran Nadeera cuba meniru gaya Dayang menyanyi.
Ini meraih pujian ramai warganet dan mereka mengakui Nadeera seorang penyanyi yang berbakat besar. Lenggok Nadeera membuatkan lagu ini semakin sedap didengar. Versi Nadeera mahu pun versi Dayang, kedua-duanya ada keistimewaan dan auranya yang tersendiri.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah meremang dengar suara Nadeera ni.. tiada langsung bayangan Dayang, style tersendiri. Great job, keep it up Nadeera.. “
” Sedap la, in love betul dengan suara dia ni.. Punya lah lunak Nadeera nyanyi sampai lupa ni lagu Dayang.. “
” Suara dia ni buat aku amazed dekat dia.. Hakikat cinta versi Nadeera memang berbeza.. terbaik Nadeera.. “
” Talent yang mahal.. sampai ke hati dengar Nadeera nyanyi lagu ni. love sangat dengar suara Nadeera.. tak puas dengar, ada panjang lagi tak min.. “
” Dia punya pedih tu selamba je kalau aku nak putus nyawa dah nak sampai part tu.. Perghhh… merdunya so talented.. “
” Best sangat macam lagu sendiri dah Nadeera nyanyi. Nadeera suara dia typical Dayang bukan sama tapi konsep vokalnya sama.. “
” Ala ala vibe Ramlah Ram, ada vibe Tokti sikit.. Sedap la suara dia ni, nyala sangat.. Suara semakin matang.. “
Nadeera ada gayanya tersendiri apabila membawakan lagu rakan artis lain. Tidak perlu meniru penyanyi asal kerana Nadeera ada auranya yang boleh memukau semua pendengar. Semoga Nadeera terus maju jaya dalam karier dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Astro Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ini lah bapak mertua Hadie.. ” – Oddah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ooo baru tahu itu sebab kenapa Ardell yang pergi, bukan suaminya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Agak curiga, terbahak aku dengar ayat Amayan ni. Nasib baik tak syak wasangka, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Macam dengar SS yang nyanyi, arghh dah aku menangis. Suara Sallman tu sebijik SS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Yang cakap suara saya tak sedap, saya tak patut pun ada dekat TTMM, saya yang patut terkeluar.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lemak weyy suara anak bujang seorang ni. Tone macam Indonesian, gila sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mesti dia ingat peminat yang jerit-jerit nama dia, tu yang dan-dan buat macho tu.. ” – Datin Alyah
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Oddah ajar sampai dia gelek paling lembut aku pernah nampak weyy.. ” – Komen Netizen