Artis / Selebriti
” Menitik air mata jantan aku wei. Ayah merayu anak supaya datang.. ” – Netizen
Video Fedtri Yahya Beramah Mesra Dengan Penghuni Pusat Jagaan Orang Tua Buat Warganet Sebak. Sedih Dengar Tangisan Seorang Ayah Merayu-Rayu Anaknya Datang. Fedtri Pun Menangis Sama !!
Tiada ibu bapa yang mahukan dibuang oleh anak-anak, namun itu lah realiti kehidupan yang perlu ditelan. Lain orang lain perjalanan hidupnya, begitu juga bagi penghuni Pusat Jagaan Al Fikrah. Rumah yang menempatkan warga emas ini dilawati oleh Fedtri Yahya dalam satu program Malaysia Hari Ini Aidilfitri 2024.
Menerusi akaun Instagram Fadtri Yahya, telah dikongsikan sedutan video ketika Fedtri sedang beramah mesra dengan penghuni di situ. Fedtri kelihatan menghampiri salah seorang warga emas kerana menyedari warga emas ini menangis.
Fedtri memulai perbualan mereka bertanyakan pakcik ini merindui siapa dan jawapannya membuatkan Fedtri sendiri tergamam dan sebak. Kata warga emas ini, sudah 4 tahun dia merayakan Aidilfitri tanpa anak-anak dan tiada seorang pun antara anak-anak yang datang menziarahinya.
Ayat yang membuatkan air mata Fedtri jatuh ketika warga emas ini merayu supaya anak-anak pulang bertemu dengannya sambil menangis. Allahu Akbar, betapa hancurnya hati seorang ayah yang pernah berkorban membesarkan anak-anak apabila diperlakukan sebegini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Sayu hati warganet mendengar rayuan tersebut dan antara komen-komen yang diberikan :
” Knp korang tinggalkan ayah korang mcm tu. Dh 4 tahun Raya korang biarkan ayah korang beraya di rmh org tua. Korang x melawat pun. Salah mcmana pun ayah, tu tetap ayah korang.. ”
” Satu bapak boleh jaga 10 anak. Tapi belum tentu 10 anak boleh saja sorang bapak.. sedih nak meraung rasa tengok.. ”
” Baik ke jahat ke dia dulu datang je la melawat. Macammana pun dia still bapak korang jugak. Dah tua, xde kudrat dah.. ”
” Pagi raya 1 keluarga tgk rancangan ni..menangis kami semua.. sebab kami pernah menjaga ayah yg sakit terlantar.. ”
” Bila tengok sebak rasa hati ni.. Terfikir macam mana lah nasib kita nanti. sedihnya, baliklah wahai anak.. ”
” Anak2 pakcik ni…. tengok la… Xkisah sbb ape reason pun, ayah tu dah tua… 1hari je dalam setahun, pergila jenguk kejap.. ”
” Menitik airmata jantan aku wei. ayah merayu anak suruh datang. pada anak pakcik ni tolonglah jenguk bapak kau ni.. ”
Hati mana yang tidak sayu mendengar rayuan dan melihat tangisan warga emas ini. Sedihnya rasa sampai menusuk ke hati yang paling dalam. Semoga Allah menjentikkan sedikit rasa di hati anak-anak untuk melawat warga emas ini sebelum terlambat. Sama-sama kita mendoakan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fedtri Yahya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Habis keluar bahasa Korea Rina. Asal marah auto cakap Korea, comel Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Uii dia keluar keluar terus lagu Inggeris eh.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Encik Khairul tu memang sporting habis. Tak takut camera, macam dia pun artis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Icha dengan Izz macam betul ambil nota. Yang Una tu macam budak nakal dalam kelas, haha.. ” – Komen Natizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bobo ni lama lama tengok sweet jugak.. ” – Ummi Nazeera