Artis / Selebriti
” Menitik air mata jantan asbab kisah random awak nak keluar billboard jadi sejauh ini sekelip mata.. ” – Achey Bocey

Achey kongsi video perbualan telefon bersama wakil Jakel buat ramai sebak. Tiara anak yang luar biasa, penarik punca rezeki keluarga. Sebak tengok Achey menangis..
Baru-baru ini, pelawak Achey ada berkongsi video yang memaparkan telatah anaknya, Tiara mahu wajahnya ada di sebuah billboard. Perkongsian video itu telah menarik perhatian butik pakaian terkenal iaitu Jakel mahu ‘melamar’ Tiara untuk menjadi salah seorang duta untuk pakaian Jakel.
Meninjau di akaun TikTok, Achey ada memuatnaik video menerima panggilan daripada wakil Jakel. Menerusi panggilan tersebut, wakil Jakel berkata sangat tertarik dengan video Tiara yang mahu wajahnya ada di billboard dan mengakui Tiara seorang anak yang comel.
Bahkan bukan Tiara sahaja, Achey dan isterinya, Anne juga dilantik sebagai duta Jakel serta diminta hadir ke butik Jakel untuk bertemu dengan pemilik Jakel. Kelihatan Achey menjadi sebak ketika bercakap di telefon dan dalam masa yang sama mengalir air mata kerana tidak menyangka rezeki yang ditawarkan oleh pihak Jakel.
Selain itu, Anne juga berkongsi video throwback ketika Tiara masih kecil hingga lah sekarang dengan menulis kapsyen ‘ REZEKI SEORANG ANAK’ di akaun Instagram miliknya. Perkongsian video perbualan Achey bersama wakil Jakel tersebut telah menerima lebih 1 ribu komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@achey_kintangkintung Dia nak gambo kat billboard pulakkk.. kenapa billboard sekarang ni dah macam tv yea.. payah lahhh gini.. pening aku lahhhh..dia tak tau semua yang kat dalam tu yang dah jadi duta produk..@KAK_ANNE @tiaracandy_official
♬ original sound – ACHEY KINTANG KINTUNG – ACHEY KINTANG KINTUNG
@achey_kintangkintung Menitik air mata jantan asbab kisah random awak nak keluar billboard jadi sejauh ini sekelip mata.. ingatkan diorang saja2 je komen kat tiktok..yelah kita siapa nak berangan lebih2.. tiba2 pagi khamis baru nak live jual kapit roll dapat call dari wakil @JAKEL .. TERSENTAK weih.. @KAK_ANNE tengah masak kat dapur berlari tanya.. so petang tu jugak lepas @tiaracandy_official sekolah terus ke JAKEL MALL KL.. bersua dengan team untuk berbincang dan sign agreement.. .. Dalam perjalanan balik rumah semua terdiam.. termenung.. asbab anak bertuah nak gambar kat billboard.. sejauh ini REZEKI yang hadir.. TERIMA KASIH SEMUA YANG MENDOAKAN… so BISMILLAH..
♬ original sound – ACHEY KINTANG KINTUNG – ACHEY KINTANG KINTUNG
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya tersentuh setelah menonton perkongsian video-video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sebaknya, btw tahniah anak billboard.. Tara pembawa rezeki.. Start dari mula dia duduk dalam tudung saji .. “
” Tiara bagi aku anak artis yg paling humble ngn kreater dia sndr ngn baju dia besar2 mcm tu mcm anak2 kg yg kita pnh lalui dulu.. Susah nk jmp budak2 zaman skrg yg kreater mcm Tiara ni.. “
” Tiap butir permintaan Tiara tu ibarat doa tanpa hijab.. Allah bagi on the spot.. Murah rezeki Tiara, Achey n wife.. “
” Kalau nk menangis tolong menangis belakang kamera boleh x…aku sekali terjebak menangis ni… Murah rezeki family ni semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan family ni.. “
” Acey ko nangisla sorang2, nape ajak kami nangis sesama.. Ahamdulillah rezeki ank solehah, tahniah Tiara sayang.. “
” Saya nangiss.. Tiara awak adalah seorang anak yang murahh rezekinya dan membawa rezeki untuk dua ibubapa awak.. “
” Even dorg nie tidak dikurniakan “anak kandung”, Allah hadirkan rezeki yang tidak disangka-sangka melalui “anak angkat” iaitu Tiara.. “
Tersentuh melihat video Tiara yang dikongsikan oleh Anne itu. Benarlah apa yang dikatakan oleh warganet, Tiara anak yang membawa rezeki kepada Achey dan Anne. Apa-apa pun, semoga Tiara terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok achey_kintangkintung, IG acheykintangkintung, anne_achey_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Speechless, this beautiful reunion fills my heart.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Agak curiga, terbahak aku dengar ayat Amayan ni. Nasib baik tak syak wasangka, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ini bukan Danial, you ingat I tak kenal suara you ke haa.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Penat kita nangis dekat video Elisya, dia boleh pulak parodikannya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Saya sampai terima WhatsApp dimaki. You are attacking me about my sister getting married.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Berdentum wey bunyi dia. Elok pulak tu lepas baca Bismillah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Ooo baru tahu itu sebab kenapa Ardell yang pergi, bukan suaminya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Part ni pecah perut kami. Yang bestnya cameraman siap follow Pak Nil lari lagi, haha.. ” – Komen Netizen