Artis / Selebriti
” Memang sebiji sama, cakap laju pun sama, haha.. ” – Komen Netizen
Video Influencer Mark Warn Buat Parodi DS Aliff Syukri buat ramai terhibur. Part membebel dan marah sebab pasu pecah tu sebijik sama. Part live jual mangga pun kelakar. Penampilan pun macam DS Aliff. Sekali DS Aliff pun ada bagi komen lah, haha..
Seorang influencer yang dikenali sebagai Mark Warn mencuit hati warganet apabila tampil membuat parodi berkenaan insiden pasu mewah milik Dato’ Seri Aliff Syukri yang pecah baru-baru ini. Dengan gaya bersahaja dan ekspresi muka yang dramatik, video parodi Mark tular di media sosial dan mengundang gelak tawa ramai.
Menerusi video tersebut, Warn dilihat memakai baju jubah coklat seperti Dato’ Seri Aliff sambil mengarahkan pembantu rumahnya membersihkan rumah. Warn sempat berpesan kepada pembantu rumahnya mengenai pasu yang dibelinya yang berharga jutaan ringgit.
Warn sangat menghayati watak Dato’ Seri Aliff kerana penampilannya sangat sama dengan Dato’ Seri Aliff. Sekali imbas ramai sangkakan ia merupakan video Dato’ Seri Aliff. Eksperesi wajah dan gaya kelam kabut dapat ditiru dengan begitu baik sekali.

Sehingga kini, video parodi tersebut telah mencecah lebih 3 ratus ribu jumlah tontonan dan Dato’ Seri Aliff juga sempat meninggalkan komen pada posting Warn ini. Sekali tuan padan beri komen, kecut perut juga dibuatnya, hehe..
Jom tonton video di bawah :
@mark_warn Aku order @Mykakaks HQ 2.0 2 orang je,yang datang 22 orang.
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Warn. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Harey sebji, memang sbijik samaaaa.. Aku suka dia bawa watak caprice…sebiji.. Pitching tak cukup tinggi lagi bang . Tinggi lagi.. “
” Cameraman sebijik macam cameraman dato’ aliff syukri.. cakap laju pun sama.. dato alif still no 1..no copy2.. dari jauh mmg ingat papa laris.. “
” Mentang la dato alif masuk wad, dia mari nak gnti pulak.. jubah coklat.. dia mmg buat research… Gaya Aliff Syukri, Suara Kamal Adli.. “
” Alif syukri temu ke ni.. Warnn lompat lg hahaha style betul.. dah buat tp tak jadi.. mcm mana eh dorang boleh tahan gelak.. “
” Weh lompat kangkang tu buat lagi skali. Geram laa.. masalahnya muka ada iras.. Idea dia mmg luar kotak pikiran dok.. “
” Dari jauh sebijik mcm Dato Alif bhya ni kalo duk berjiran sama plak muka.. bang ada satu je dato aliff syukri abang bukan dato aliff syukri.. “
” Memang ada bakat lah waarn ni, dulu zaman 2010’s johan raja lawak, sekarang takeover waarn ah.. Hahahahaah perangai tau. Cukup la satu, we can’t have too many Dato Aliff Syukri.. “
Komen dari Dato’ Seri Aliff :

Parodi ringan ini bukan sahaja berjaya menceriakan media sosial, malah mengukuhkan nama Mark Warn sebagai antara pencipta kandungan parodi tempatan yang semakin mendapat perhatian. Memang sangat menghiburkan dan kreatif. Semoga Mark Warn terus maju jaya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mark Warn
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti5 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rasa nak nangis pulak dengar ucapan Mama YB.. ” – Komen Netizen

