Viral
” Masyallah, hebatnya Allah angkat darjat dia. Aku yang lelaki pun menangis dengar khutbah ni.. ” – Komen Netizen
Video kisah Nurly Sahirah disebut dalam khutbah Jumaat buat ramai tersentuh. Mulianya darjat insan terpilih ini dan diangkat setinggi-tingginya oleh Yang Esa. Cantik sungguh pengakhiran Nurly Sahirah..
Nama Nurly Sahirah menjadi perbualan dan pengakhiran hidupnya mengagumkan ramai orang. Sudah tertulis ajal Nurly terkorban bersama 14 orang lagi rakan seperjuangan yang ingin pulang ke kampus UPSI untuk meneruskan pengajian mereka.
Satu demi satu amalan Nurly diperkatakan dan Nurly juga antara jenazah yang disebut terpaling wangi. Keimanannya yang tinggi dan setianya Nurly mendampingi Al-Quran sehingga ke akhir hayat meruntun hati ramai. Nurly juga seorang hafizah yang menulis Al-Quran hasil tangannya sendiri untuk menguatkan hafazannya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktik drhazli, telah dikongsikan satu video yang memaparkan seorang khatib membaca khutbah Jumaat di sebuah masjid semalam. Istimewanya khutbah pada hari itu adalah ianya bercerita mengenai Nurly Sahirah.

Tidak semua insan beruntung menjadi sebutan dalam khutbah seperti ini. Terbukti Allah mencintai makhluknya yang cintakan Al-Quran. Berbangga lah kedua ibu bapa Nurly kerana mereka berjaya mendidik dan mengasuh Nurly menjadi sehebat ini.
Jom tonton video di bawah :
@drhazli Nurly Syahirah Satu Kematian Yang Menyedarkan #nuril #syahirah #upsi #hafizah #alquran #mulia #kalam #allah #angkat #darjat
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aku yang laki pun nangis dengar khutbah ni..apatah lagi wanita luar sana Dan ahli keluarga nya.. syurga buat mu Saudari.. “
” Kematian yg menghidupkan. Tahniah kepada ayah ibu arwah … sgt2 cemerlang mendidik anak . Patut diangkat ibu bapa mithali diberikan anugerah Ikon Ibu Bapa.. “
” Namamu dikenali & disebut ketika kamu sudah tiada didunia ini.. Disebut2 atas amal kebaikanmu.. Syurga tempatmu.. beruntung dan bertuahnya kamu .. “Kita buat,kita dapat..”
” AllahuAkhbar Harum namamu Memuliakan dan membaca dan menghayati AlQuran. Ya Allah, pilihlah kami dan keturunan kami juga Ya Allah serta seluruh alam utk menjadikan AlQuran teman kami, makanan kami dan amalan kami hingga menjadi teman kami di dlm kubur.. “
” MasyaAllah Subhanallah Allahuakbar Alhamdulillah hebatnya arwah hebatnya ibu bapa nya.. Alfatihah buat Allahyarhamah Nurly sahirah.. “
” Masyallah hebatnya Allah angkat darjat ye.. Allah… Allahuakbar.. Masya Allah.. Cantiknya pengakhiran nya.. Wangi sewangi wanginya nama Nurly Sahirah.. “
” Allahu… inilah pengakhiran yg kita org semua nak.. bila dah takde.. yg baik2 dari kita tu lh yg dsebut2.. di dunia sudah jelas Allah tinggikan darjat dia.. apalagi d alam sana ya.. “
” Ya Allah kalau hp jadi ulitkan kita dia alquran jadi teman tidur nya… MasyAllah.. Allahuakbar…menusuk smpai dalam kisah awak dik… kisah awak telah jentik hati akk utk baca Alquran yg kadang2 sekali akk sent.. “

Tingginya darjah seorang pencinta Al-Quran diangkat oleh Yang Esa. Di dunia sudah disanjung-sanjung oleh ramai pastinya Nurly juga sedang berbahagia di sana. Semoga kisah hidup Nurly ini dapat dijadikan pedoman dan iktibar untuk kita agar sentiasa memperbaiki diri dan mendampingi Al-Quran.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok drhazli, IG Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku hati dah tak sedap dan memang bila aku bawak Sarah turun.. ” – Shuib Sepahtu

