Artis / Selebriti
” Masyaallah, nama yang dipiilih elok sangat. Selamat berpantang Dayah.. ” – Netizen
Genap 7 Hari Bersalin, Dayah Bakar Kongsi Video Dan Umum Nama Anak Keduanya. Alahai Comel Baby. Nama Pun Cantik, Seindah Wajahnya !!
Umum mengetahui yang pengacara Dayah Bakar telah selamat melahirkan anak keduanya baru-baru ini. Perkongsian berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Dayah di akaun Instagram miliknya dengan memuatnaik gambar dirinya sedang menggenggam tangan anak kecilnya itu.
Difahamkan Dayah selamat melahirkan anaknya pada 29 Disember. Sebelum itu, turut dikongsikan Dayah gambar bersama suami dan anak sulungnya sebelum mereka menerima kehadiran si kecil ini. Dayah menitipkan ucapan dan memohon agar semua yang mengenalinya mendoakan urusan bersalinnya dipermudahkan.
Terbaru, Dayah sekali lagi berkongsi video yang memaparkan momen terindah selepas dirinya bersalin. Menerusi video itu, turur ada bersama adalah suami Dayah, Kapten Muhammad Hanif dan anak sulung mereka, Fahri . Genap 7 hari dilahirkan, dengan rasmi Dayah mengumumkan nama anak keduanya.

Memilih nama Armand Muhammad Fayyadh buat putera kedua, perkongsian oleh Dayah ini menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji nama anak Dayah dan menitipkan doa buatnya. Sehingga kini, posting terbaru Dayah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Dayah dan turut mengambil kesempatan memberikan ucapan tahniah. Antara komen-komen warganet adalah :
” Masyaallah, nama yang dipiilih elok sangat. Selamat berpantang Dayah.. Tahniah atas kelahiran putera kedua, smga anak ini menjadi anak yang soleh.. “
” Tahniah Dayah sekeluarga.. Semoga anak Dayah sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan sihat-sihat slalu anak soleh ini.. “
” Alhamdulilah ya Allah tahniahh Dayah dan suami.. Semoga menjadi ank yg soleh buat kedua orang tuanya.. Selamat berpantang, take care Dayah.. “
” Geram la tgk abang Fahri tu. Semoga abang jadi abang yang terbaik untuk adek ya sayang.. Indah betul anak adek Fahri.. “
” Tahniah Alhamdulillah MasyaAllah Tabarakallah.. Sedapnya nama, indah betul maknanya.. Comel tengok video momen indah Dayah sekeluarga.. “
” Congrats Dayah.. Assalamualaikum baby.. MasyaAllah semoga Dayah dan baby sentiasa sihat2 slalu.. Didoakan semoga anak-anak Dayah membesar menjadi anak yang soleh.. “
” Alhamdulillah.. Mabrouk on your newborn.. MasyaAllah tabarakallah. Semoga menjadi anak2 soleh. Berjaya dunia akhirat, amin.. “
Alahai indah betul nama anak Dayah, comel sungguh gelagat Fahri ketika pertama kali memandang wajah adiknya. Pejam celik, pejam celik, Fahri sudah besar dan sekarang sudah bergelar abang. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak juga mengucapkan tahniah kepada Dayah sekeluarga. Semoga Armand Muhammad Fayyadh terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG dayahbakar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita



