Connect with us

Artis / Selebriti

” Masa rehearsal dia behave, masa live suka huru harakan cameraman, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Kak Lina Kepom menghiburkan tetamu dan para pelajar di majlis graduasi Universiti Poly-Tech Malaysia ( UPTM ) buat ramai terhibur. Adui Kak Lina, masuk air betul lah. Cameraman pun tak selamat dengan Kak Lina, haha.. 

Majlis konvokesyen Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) telah pun berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Disember baru-baru ini. Inisiatif pihak UPTM bagi memeriahkan lagi majlis ini dengan menjemput pelakon, penyanyi dan pengacara hebat, Elly Mazlein atau mesra dengan panggilan Kak Lina ternyata satu percaturan yang terbaik.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Elly Mazlein dan Tiktok Bros Studio Official, telah dikongsikan suasana ketika Kak Lina menghiburkan para tetamu dengan nyanyian merdunya. Lagu hits Kak Lina berjudul Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan menjadi pilihan Kak Lina.

Lagu ini genre sedih, namun lain jadinya apabila Kak Lina membuat jenaka spontan ketika mendendangkan lagu tersebut. Kak Lina sempat meminta izin daripada tetamu terhormat untuk menghuru-harakan suasana majlis. Beramah mesra dan bersalaman dengan tetamu dan pelajar, Kak Lina membuktikan dirinya penghibur yang sejati.

Part yang mencuit hati apabila Kak Lina menghampiri cameraman dan zoom mukanya sendiri di hadapan kamera. Apa lagi, terpampang besar wajah Kak Lina di skrin besar yang tersedia di dalam dewan konvensyen itu. Ketawa tetamu dengan gelagat Kak Lina itu.

Jom tonton video di bawah :

@broosstudiobro

Persembahan @Kakak Lina Pom Poms sangat menarik. Camera crew kami pun jem. Tahniah @UPTM_OFFICIAL alumni!!

♬ original sound – Bros Studio – Bros Studio

Perkongsian ini telah pun meraih tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Ooo macam tu nak zoom zoom kat tb.. xpernah xkelakor ..ade jeee dia kn .. tepok malaysia.. cameraman pun x selamat kena kacau dgn kak lina kepom.. “

” Aduhhh geli betul pankreas kalau tgk perangai kepom majmuk ni.. nak gelak je jadinya.. Kak lina yang zoom in cameraman haha.. “

” Artis no syatuuu x payah tggu camera man zoom dia sendiri zoom muka sendiri.. Itu lagu sedih kak lina..bukan lagu maharaja lawak mega 4.5.. “

” Pecah ek kitorg kat belakang gelak, majlis konvo dia buat jadi konsert dia HAHAHAHAH.. Tetappp sopan & jaga adab..mintak izin dulu sblum huru hara.. “

” Zoom penuh muke kak kepom.. Besauu betul muka haha.. memang pecah la kak lina ni. Klu x buat hal bkn kak lina pompom.lah… hahahahha.. “

” First time tgk majlis konvo gah macam ni. Meriah betul. Terbaikkkk kak lina pom pom kesayangan rakyat majmukkkk. kepom tak penah tak menghiburkan.. “

” Masa rehearsal dia behave, masa LIVE suka huru harakan cameraman haha. sng keje abg kameraman…artis dtg sndri dpn kamera. Lagu ni sedih tau… tp bile tngk video ni.. nk sedih pun tk jd.. “

Terhibur semua para graduan dan tetamu dengan gelagat Kak Lina itu. Artis jemputan yang memeriahkan lagi suasana majlis. Cameraman pun kelam kabut apabila Kak Lina buat perangai. Apa-apa pun, Kak Lina penghibur nombor satu dan berbaloi menjemput penyanyi berskala besar seperti Kak Lina.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein, Tiktok Bros Studio   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak