Artis / Selebriti
” Masa ni diorang tak tahu, so macam blur kejap.. ” – Achey

Video Anne menangis terima satu kejutan yang tidak disangka-sangka daripada suaminya, Achey Bocey buat ramai tersentuh. Ya Allah, serius best sangat hadiah ni. Baru nak sebak, sekali tengok Tiara duduk dalam bakul baju pulak, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Achey, perkongsian sebuah video yang memaparkan Achey membuat satu kejutan kepada isteri dan anaknya telah membuatkan ramai rasa tersentuh hati. Video tersebut pastinya dirakamkan selepas menunaikan solat kerana Anne dan Tiara masih memakai telekung.
Achey memberikan kejutan sebuah hadiah yang sememangnya dinantikan dan diimpikan oleh ramai orang. Achey akan membawa keluarganya menunaikan umrah pada bulan Januari tahun hadapan. Mendengarkan hadiah tersebut, Anne kelihatan agak sebak.
Walaupun pada awal video kelihatan masing-masing sedang blur, namun apabila mendengarkan hadiah tersebut membuatkan wajah si isteri tersenyum dan sebak. Berita gembira ini turut dikongsikan dengan anak mereka iaitu Tiara Zinnirah.
Nampaknya bukan itu sahaja kejutan oleh Achey buat isteri dan anaknya. Ada lagi kejutan lain oleh Achey yang bakal dikongsikan. Perkongsian video ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik pada masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memanjat rasa syukur apabila melihat keluarga ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Semoga dipermudahkan. Bestnya tiara nak pergi umrah.. Hebat dorg anak beranak ni . Semoga Allah permudahkan urusan.. “
” Ya Allah best nye dapat ke umroh… semoga dipermudahkan setiap urusan Aceh sekeluarga.. abang achey bapak saya pon pergi tahun depan bulan 1 .bakyan ulu tiram.. “
” Alhamdulillah.. Semoga Allah menjemput kami jua ke tanah suci Al mukaramah.. Aaminn.. Semoga Allah permudah kn segala urusan.. “
” Semoga dipermudahkan segala buat abang acheykintangkintung sekeluarga.. Alhamdulilah doakn kmi sma dpt jejak kki ksana.. “
” Ya allah.. semoga d permudahkn segalanya.. bilalah suami saya nak suprise saya macam ni.. dalam mimpi je la rasanya.. “
” Mslh abg acey sndri slah trikh. Mna mau nye org umh nk prcya.. comel lah tiara ee geram comey.. syukur Ya Allah.. “
” Alhamdulillah semuga di oermudahkan segala urusan kamu sekeluarga.. Eee nangis lah nengok… bestnya.. Alhamdulillah.. “
Wah, seronoknya apabila mendapat kejutan sebegini dan tidak disangka-sangka. Pastinya Tiara antara yang tidak sabar untuk ke sana nanti. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan buat Achey sekeluarga dalam menunaikan umrah nanti. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bagus Mira ni takde nak overshadow. Dia buat the best untuk anak Fattah. Auntie Mira sweet.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sebab Thalita ? Adil kah untuk yang lain ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mantap manager, pandai plot twist. Ibu bagi lampu hijau tu Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila nak dapat baby ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Epic performance, balance suara feminine dan maskulin. Duet paling tenang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Macam tak percaya weh ni Hadie, nyanyi rap best gila. Tok Naz pun puji.. ” – Komen Netizen