Artis / Selebriti
” Mahal video ni, memori yang tak akan berulang lagi. Shuib rindu kan, sengaja buat kami nangis.. ” – Komen Netizen
Shuib Sepahtu kongsi video kenangan menyanyi berduet bersama arwah Siti Sarah yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini buat ramai sebak. Memori yang indah dan paling mahal untuk Shuib. Rindu yang tiada penghujungnya..
Tahun ini masuk tahun ke 4 Siti Sarah Raissuddin pergi mengadap Pencipta-Nya. Namun sampai sekarang Siti Sarah masih diingati dan auranya begitu kuat di hati kita. Sepanjang hayat Siti Sarah masih ada, banyak gambar dan video yang dirakamkan bersama Shuib dan anak-anak.
Meninjau entry di akaun Tiktok Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video throwback kenangan Shuib bersama Siti Sarah. Dapat didengar, Shuib dan Siti Sarah berkaraoke bersama dan mereka berduet menyanyikan lagu Januari yang dipopularkan oleh Glenn Fredly.
Video ini dirakamkan untuk suka-suka dan tidak ditunjukkan wajah Shuib mahu pun Siti Sarah. Hanya kedengaran paduan suara mereka berdua menyanyikan lagu itu dengan penuh penghayatan. Suara Siti Sarah sememangnya merdu dan gemersik mendendangkan lagu ini.

Moment yang menggembirakan untuk Shuib bersama Siti Sarah. Shuib juga menulis di kapsyennya memberitahu nanti dia akan berduet bersama Thalita pula selepas ini. Memetik komen warganet, tentunya Shuib sedang merindui Siti Sarah dan berkongsikan video ekslusif ini untuk semua.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@shuibsepahtu Teman nyanyi “dulu”,nanti Thalita nyanyi lagu ni dgn daddy eh ❤️ #Januari
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kalau tak baca caption, I thought thalita was the one singing with her dad.. Sarah rupanya.. ahh rindu sarah sangat sangat.. “
” Mahal video ni, kenangan yang tak boleh diulang lagi.. exclusive dan sangat meninggalkan kesan di hati.. “
” Hebat Sarah ni. entah apa yg dia buat ketika hayatnya sampai pemergiannya dirasai ramai org. beruntung kau Shuib. tak tahu nak kata apa lagi. subhanaAllah.. “
” This song hits different. Nyanyi pulak dengan arwah Siti Sarah lagi pilu dibuatnya.. terasa macam Siti Sarah masih ada.. “
” Apa ni Ib, dah kami nangis lagi huhu.. berdesing satu badan lalu terasa air mata mengalir.. Alfatihah Siti Sarah Raissuddin.. bidadari syurga.. “
” Orang cakap rakamlah sebanyak mana memori bersama yang tersayang sebab memori tu takkan pernah berulang lagi.. “
” Rindu yang tak dapat diungkapkan adalah rindu kepada orang yang dah tiada.. Abg ib rindukan, saje je buat kami nangis.. tak baik tau. Al Fatihah kak sarah.. “
Kenangan Shuib bersama Siti Sarah yang akan sentiasa mekar dalam ingatan Shuib. Betul kata Siti Sarah dahulu, rakamlah sebanyak-banyaknya video bersama orang tersayang sebagai memori. Al-Fatihah untuk arwah Siti Sarah dan semoga damai di sana.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shuib Sepahtu, IG Siti Sarah Raissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti18 hours ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil

