Artis / Selebriti
” Luar biasa cita-cita Siti Aafiyah. Jarang-jarang budak ada cita-cita macam ni.. ” – Komen Netizen
Video Siti Aafiyah memberitahu cita-citanya kepada Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa buat ramai kagum. Wah tak sangka lah cita-cita Aafiyah tu, terus Ustazah Norhafizah doakan untuk Aafiyah. Laju Tokti aminkan..
Menerusi perkongsian Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara Ustazah Norhafizah bersama anak sulung penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah.
Ustazah Norhafizah mengatakan kepada Aafiyah, dia berdoa agar Aafiyah cemerlang dunia dan akhirat dan Allah kurniakan kemudahan berkata-kata serta ingatan yang kuat buat Aafiyah. Segala doa yang baik didoakan untuk anak solehah DS Siti ini.
Aafiyah pula malu-malu berada dalam pelukan Ustazah Norhafizah. Kedengaran sama suara DS Siti bertanyakan kepada Aafiyah cita-cita Aafiyah apabila besar nanti. Siapa sangka, Aafiyah menyimpan impian dan cita-cita yang besar untuk dirinya pada masa hadapan.

Kata Aafiyah, dia ingin menjadi seorang ustazah. Jawapan Aafiyah membuatkan Ustazah Norhafizah teruja. Ustazah Siti Aafiyah Al-Hafizah, itu yang disebutkan oleh Ustazah Norhafizah untuk Aafiyah. Bukan hanya seorang ustazah tetapi juga seorang penghafaz Al-quran.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ustazahdatukdrnorhafizah Semoga buah hati Dato Seri Siti Nurhaliza @Siti Nurhaliza Ctdk ini menjadi anak yang solehah. MashaaAllah, dah banyak hafal surah dan Hadith juga di usia 6 tahun. Baarakallah fiikum. #ctdk #sitinurhaliza #fyp #ustazahnorhafizahmusa #hafizquran
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Allahuakbar.. sronoknya di doakan dgn insan yg tinggi agamanya.. smg semuanya trmakbul n dpermudhkan.. “
” Luar biasa cita-cita Siti Aafiyah.. Aamiin. Semuga Allah makbulkan doa Afiah. Aamiin YRA.. “
” MasyaAllah..subhanAllah, sy pulak rasa nak nangis. Semoga semua termakbul do’a2nya.. moga Aafiyah menjadi anak yang solehah.. “
” Assalamualaikum.. Subhanallah bertuah afiyah dpt doa dri ustazah.. alhamdulillah cita cita yg mulia.. aamiin.. “
” InsyaAllah alhamdulillah semoga Allah makbulkan cita-cita Aafiyah.. ustazah Siti Aafiyah AL Hafizah.. “
” Jarang-jarang budak ada cita-cita macam ni.. bila tanya besar nak jadi ustazah.. semoga jadi anak yang solehah.. smoga a’afiyah brjya dlm cita2 aafiyah.. aamiin.. “
” Alhamdulillah.. datuk siti.. bijak mndidik ank ke arah keagamaan…. walaupn artis no 1 di Malaysia.. siti tetap menjaga maruahnya dan nama baiknnya.. sebak lak dengar cita-cita Aafiyah tu.. moga Allah makbulkan.. “
Alhamdulillah cita-cita Aafiyah sungguh murni. Jarang untuk kanak-kanak bercita-cita untuk menjadi ustazah. Semoga segala doa-doa Ustazah Datuk Dr Norhafizah untuk Aafiyah dimakbulkan Allah dan perjalanan Aafiyah untuk bergelar ustazah dan Al-hafizah dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Norhafizah Musa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen

