Artis / Selebriti
” Letih kalau dua-dua ni bergabung. Bergegar pentas, dua-dua terlebih masuk air, haha.. ” – Komen Netizen
Video Kak Lina Pom Pom dan Bell Ngasri mengacara dan menyanyi di majlis Grand Opening Kedai Emas Merchant9 buat warganet terhibur. Masuk air betul dua-dua ni. Berdekah penonton gelak tengok Bell jadi Pak Maun tu, haha..
Kedai Emas Merchant9 antara syarikat yang mengambil Elly Mazlein atau mesra dengan sapaan Kak Lina Pom Pom sebagai duta mereka. Karakter Kak Lina yang selalu ceria dan penuh dengan jenaka spontan itu sering menceriakan majlis-majlis anjuran syarikat ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kedai Emas Merchant9, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kak Lina berada di Grand Opening untuk branch ke-6 Kedai Emas Merchant9 yang terletak di Johor Bahru. Kali ini, Kak Lina tidak keseorangan dan seorang pelawak terkenal turut dijemput sebagai emcee.
Pelawak itu tidak lain tidak bukan adalah Bell Ngasri. Sama seperti Kak Lina, Bell juga pandai memeriahkan majlis dengan telatah dan jenakanya. Kak Lina dan Bell bergabung di pentas utama untuk menghiburkan semua tetamu yang hadir pada majlis itu.

Kak Lina mendendangkan sebuah lagu tradisional dan ianya turut diiringi oleh sekumpulan penari cilik. Bell pula tidak duduk diam dan turut sama menunjukkan bakat tariannya. Tarian Bell sungguh kelakar sehinggakan Kak Lina hilang fokus sebentar kerana ketawa.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 700 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Memang best Bell ni, ngam pulak dengan kak lina. dua-dua sama-sama lawak dan masuk air. haha penat ketawa tgk dorang berdua.. “
” Dua-dua kelakar, my favourite.. gandingan yang mantap dan meletop.. Sy kenal suara sape yg kuat jerit wooiooo tu.. suara mahal tu.. “
” Toktok dan NekYan bergabung meletops.. Adoiiii lh letops kebabom 2 ketui ni.. Adoi bell tu haish, haha.. “
” Letih kalau dedua ni bergabung.. bergegar pentas dua-dua terlebih masuk air haha.. pak maun gen gen tak tahu laa.. haha.. “
” Semangat.. nape ek, ngeletis sekali Bell haha.. camne Kepom nak nyanyi ni asyik nak ketawa tengok bell. kiki mantap lah.. “
” Sampai susah kak lina nak menyanyi geli hati tengok bell menari. dua-dua kelakar, dua-dua masuk air, memang huru hara bila dua-dua bergabung.. “
” Penat ketawa tengok Kak Lina dengan Bell ni. hilang tau semua stress dalam kepala. Kak Lina lawak, Bell pun sama.. perfect sangat gandingan ni.. “
Riuh suasana apabila sahabat yang sekepala berkerja seperti ini. Kak Lina sendiri tidak mampu menahan ketawa dengan telatah Bell itu. Apa-apa pun, gandingan yang mantap dan didoakan agar rezeki Kak Lina dan Bell melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan dalam kerjaya seni mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kedai Emas Merchant9
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen

