Artis / Selebriti
” Legend berduet, jarang ada duet sepadu ni. Meremang dengar, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen

Video Persembahan Duet Dato’ Awie Dan Dato’ Ramli Sarip Di Konsert Solo Terakhir Awie Di The Star Theatre Singapura Buat Ramai Meremang. Duet Yang Jarang Berlaku. Sporting Betul Dato’ Ramli Sarip Naik Pentas Bila Dato’ Awie Ajak Menyanyi Lagu Camelia !!
Semalam telah berlangsungnya Konsert Solo Terakhir Dato’ Awie bertempat di The Star Theatre Singapura. Lebih 30 lagu dihimpunkan dan dinyanyikan oleh Raja Rock Malaysia di konsert tersebut. Persembahan yang padu dan bersemangat dipersembahkan untuk semua peminat di negara jiran ini.
Meninjau perkongsian di akaun Instagram Dunia Resepi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Awie menjemput Papa Rock lagenda, Dato’ Ramli Sarip naik ke pentas. Dato’ Ramli asalnya hadir sebagai penonton tetap memenuhi permintaan Dato’ Awie itu.
Dato’ Awie menzahirkan rasa penghargaannya terhadap Dato’ Ramli dan meminta untuk berpadu suara menyampaikan lagu popular dendangan Dato’ Ramli suatu masa dahulu berjudul Camelia. Ini sememangnya di luar jangkaan dan satu bonus untuk penonton.
Sorakan bergema di pelusuk theatre apabila Dato’ Ramli mula menyanyi. Suara emasnya masih sama seperti dahulu dan memukau semua. Dipadankan pula dengan suara Dato’ Awie, ini adalah duet paling gempak dan jarang sekali terjadi. Suara seperti telan kaset sahaja baik 2 lagenda rock ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ramli Sarip datang nak tonton konsert…. tiba2 dipanggil untuk nyanyi… memang tak ready kan… tapi dia merendah diri menerima pelawaan tersebut…. as a professional singer…. salute to him.. ”
” Goosebumps, true legend. Ini lah dia aura orang-orang legend. legend tetaplah legend.. suara tu memukau, best sangat.. ”
” Dato’ Ramli Sarip the evergreen, the best duet, Kualiti orang-orang lama, bukak mulut je dah meremang.. ”
” Dua2 ni aku suka dri jaman sekolah.. Awie baik jumpa depan2.. ngan ank2 aku sekali begambo, tapi anak2 kenal dia as a Husinnnn.. ”
” Salute, living legend rockin the stage. Papa rock memang berbisa. dua2 artis legend suara telan kaset semoga sentiasa dilindungi Allah dan sihat selalu.. ”
” Dato Ramli Sarip, true legend that hit the soul.. Penyanyi lama lama ni suara semua tak berubah.. Suara emas.. ”
” Legend tetap padu, steady lah otai-otai negara Malaysia dan Singapore.. legend berduet, memang jarang ada duet sepadu ni.. ”
Apabila 2 otai rock berpadu suara, memang gamat seluruh dewan dengan sorakan dan tepukan. Dato’ Ramli memang humble dan sporting. Menyanyi spontan tanpa sebarang rehearsal pun tetap padu. Seronok dan beruntung semua yang hadir dapat mendengar duet gempak 2 papa rock itu. Terbaik lah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dunia Resepi, Tiktok Junainah0956
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Enjoy pulak dengar budak-budak ni menyanyi. Hael dengar mesti tergelak sama, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Aku menangis teresak-esak masa dia cakap kita sorang je bang. Macam kena robek hati ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Nampaknya Fattah dan Mira dua-dua dah declare ni, tak selindung lagi. Happynya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Part ni memang ambil DNA mak dia. Selamba je dia me’minion’kan appa dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Perangai lah dua-dua ni, rosak Fattah layan Erma. Dua-dua masuk air, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bacaan mirip Sheikh Mishary Al Afasy.. ” – Ustaz Tarmizi
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Cantik sangat rumah Nurul ni, macam resort pun ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Rasa nak ikat muncung tu. Tolong lah tak payah kemam, haha.. ” – Komen Netizen