Artis / Selebriti
” Lawak tengok Norman, naik pen1ng dibuatnya. Haha.. ” – Netizen
Video Reaksi Norman Hakim Menerima Panggilan Daripada Anak-Anaknya Menyanyi Dalam Telefon Buat Warganet Terhibur. Masing-Masing Punya Lagu Buat Papa Dan Mummy Penat Ketawa, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram isteri pelakon, Norman Hakim, Memey Suhaiza telah berkongsi satu video yang memaparkan reaksi Norman setelah menerima panggilan daripada anak-anak mereka yang sedang menyanyi di talian.
Tulis Memey, anak-anaknya, Kayla dan Kikim memang suka menyanyi. Pant4ng sahaja Memey dan Norman keluar rumah, pasti Kayla dan Kikim akan menelefon untuk meminta Norman dan Memey mendengar nyanyian mereka di corong telefon.
Dalam video itu, Kayla dan Kikim telah menyanyi beberapa lagu yang sangat popular di media sosial. Pada awalnya, Kayla yang telah menyanyi selepas itu barulah Kikim pula menyanyi. Ketika mendengar anak-anak menyanyi, reaksi Norman sangat mencuit hati.

Nampak Norman memang feeling habis mendengar anak-anaknya menyanyi. Manakala Memey pula tak henti-henti ketawa melihat reaksi Norman mendengar suara Kayla dan Kikim menyanyi. Sehingga kini, video yang dikongsikan Memey mendapat lebih 4 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur menonton video Norman melayan kerenah anak-anaknya. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Lawak tengok Norman, naik pen1ng dibuatnya, haha. Amboi masing-masing nak tunjuk bakat ye, terhibur acik dengar.. “
” Kemain dia sruh papa mummy dgar, turun hujan lah anak2 oi. Macam anak-anak saya juga, suka betul lagu jawa tu, haha.. “
” Ikut mummy ni Kayla dan Kikim, suka karok hahahaha. Terhibur tengok gelagat papa dorang, feeling hbis dengar.. “
” Selalu dgr Kayla je nyanyi, ni Kikim pun sama power rupanya vocal dia. Recious moment, masa itu tak kan kembali lagi. Just once.. “
” Alaa si kacang ketot tu yg paling dgr hehehe comelnyaa ni la rindu nanti. Kte yg dgr pon trgelak sndiri hehe.. “
” Tetiba dengan kita sekali ikut nyanyi. Last tu dah naik pen1ng si papa pun dengar anak-anak nyanyi. Kikim Kayla kac4u mummy dan papa tengah dating.. “
” Semua lagu viral dohh dorang nyanyi. Masing-masing power ar nyanyi. Comel suara Kikim dan Kayla, alahai.. “
Betul apa yang ditulis Memey, ragam anak-anak membuatkan kita kadang-kadang akan tersenyum. Malah momen ini lah yang akan kita ingat dan menjadi kenangan yang terindah. Apa-apa pun semoga Memey dan Norman akan terus bahagia bersama anak-anak mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG memeysuhaiza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita

