Artis / Selebriti
” Lamanya tak tengok Ainul . Besar dah dia, makin cantik.. ” – Komen Netizen
Video terbaru adik Ainul Mardhiah yang kini sudah berusia 7 tahun raih perhatian ramai. Wah, Ainul dah tinggi dan aktif. Nampak Ainul makin sihat, comel sangat gelagat Ainul..
Meninjau ke akaun Instagram Nurul Erwani, perkongsian video terbaru anak sulungnya, Ainul Mardhiah telah meraih perhatian ramai. Pastinya ramai masih mengingati adik Ainul yang dahulunya menghidap ketumbuhan di bahagian mulutnya ketika kecil.
Kini sekian lama berlalu setelah ketumbuhannya dibuang, kesihatan adik Ainul semakin lama semakin baik. Menerusi video terbaru yang dikongsikan adik Ainul dilihat sangat aktif bermain bola. Adik Ainul juga tidak lagi memakai tiub di lehernya.
Perkembangan terbaru Ainul ini sangat menggembirakan rakyat Malaysia yang seronok melihat adik Ainul membesar dengan sihat. Adik Ainul juga dilihat semakin tinggi dan semakin besar semakin cantik serta comel orangnya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lima ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ainul kini dapat melakukan aktiviti seperti kanak-kanak normal yang lain iaitu boleh berjalan, berlari dan bermain dengan penuh ceria.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk menonton video seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan kesihatan Ainul terus sihat. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Lamanya tak tgk ainul . Besar dah dia . Comelnya smoga terus mmbesar dgn kuat dan sihat .. Thanks to Dr Amalina yg berusaha utk bawa adik Ainul ke UK utk pembedahan.. “
” Alhamdulillah besar dh ainul, semoga terus sihat ainul dan membesar mnjadi anak solehah bijak pndai, aminnn.. comel ainul.. “
” Alhamduillah , ainul dh besar dlu follow mase die baby lagi . semoga terus sehat.. dh besar dh Ainul Mardhiah.. cantik.. “
” Dah besar dahh.. dah cantik dan comel, terus membesar dgn sehat ye…. dah besar dah awak ainul mardhiah makin comel dan cantik.. “
” Kesayangan sluruh rakyat Malaysia. Alhamdullilah.. trus membesar dgn sihat Ainul Mardiah. Doa kami smua sntiasa ada utk Ainul.. “
” Smga ainul membesar dgn sihat dan ceria, jd penyejuk mata ayah bonda setiap masa.. Mg ada kebaikan berterusan juga buat Dr amalina Dan pakar yg merawatnya.. Alhamdulillah.. “
” Alhamdulillah semoga membesar menjadi anak yg solehah berjaya dunia dan akhirat .Aamiin.. besar dah ank kesygan 1 malaysia ni.. “
Dari seorang bayi yang tidak berdaya dengan ketumbuhan besar di mulut, kini Ainul menjadi simbol kekuatan dan harapan kepada ramai ibu bapa yang berhadapan dengan ujian kesihatan anak. Semoga Ainul terus membesar dengan sihat, cerdas dan bahagia. Kisah adik Ainul ini menjadi inspirasi buat kita semua bahawa setiap dugaan pasti ada sinar di hujungnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nurul Erwani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti1 day ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen

