Connect with us

Artis / Selebriti

” Lamanya diam rupanya nak kahwin. Cantiknya wife Caprice.. ” – Netizen

Caprice Akhirnya Kongsi Video Majlis Pernikahannya Bersama Farra Inalis. Simple Tapi Nampak Elegant. Baru Nampak Wajah Penuh Isteri Caprice, Cantik !! 

Desas desus yang berterbangan sejak beberapa jam yang lalu tentang majlis pernikahan Caprice akhirnya terjawab. Jika sebelum ini hanya posting di Instastory beberapa sahabat Caprice yang diulangsiar, kali ini Caprice sendiri berkongsikan di Instagramnya.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Caprice, telah dimuatnaik video yang memaparkan Caprice bersama isteri tersayang. Dengan kapsyen tertulis ‘ Halal Farah Inalis ‘ , sahihlah berita terdahulu bahawa inilah wanita bertuah yang berjaya menakluk hati Caprice.

Tulis Caprice lagi, telah lebih 40 hari Caprice menyepi dan banyak perkara yang dilaluinya. Dalam masa terdekat, Caprice akan menceritakan kepada peminat mengenai perkara ini. Melihat kepada video ini, kedua mempelai nampak cantik dan segak dalam busana berwarna putih.

Turut dipaparkan ketika Farra sedang disiapkan dan video mesra mereka di atas pelamin. Alahai sweet sangat bertentangan mata seperti itu. Wajah Farra juga sudah dapat dilihat secara jelas dalam video ini.

Jom tonton video di bawah :

Berita gembira oleh Caprice ini telah dibanj1ri ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga peminat. Antara komen-komen mereka :

” Tahniah Caprice, cantiknya wife Caprice. Lamanya diam rupanya nak kahwin, tahu tahu je dh jadi suami orang.. “

” Tahniah cantik isteri, selamat pengantin baru Caprice dan Farra Inalis. Janggut Caprice tu style betul, esok saya nak buat.. “

” Aikk tetiba h1lang tetiba juga nikah. Hebat Cap, barakallahu lakuma wa baraqah. Semoga bahagia dan tabah dalam mengharungi alam rumahtangga.. “

” Cantiknya wife Caprice, tahniah. B4dboy become halalboy, alhamdulillah. Selamat pengantin baru dan semoga dipermudahkan.. “

” Wow diam diam eh bang, tahniah Cap. Amboi sweet sangat dengan wife, trademark bang bang bang tu tak t1nggal.. “

” Done and dusted, the chosen girl goes toooo Farra Inalis wee. Congratulations Caprice, untung si isteri dapat Cap. Be happy till jannah dan ever after.. “

” Weyy baru semalam cari Caprice harini dah ada. Tahniah Caprice, hope to be a good husband and father.. “

Yang samar sudahpun jelas, berita yang tadinya disangka khabar angin sudahpun disahkan oleh tuan punya badan. Semoga Caprice dan Farra Inalis dikurniakan Allah perkahwinan yang barakah dan bahagia sehingga ke jannah. Selamat pengantin baru Caprice.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Caprice Official, Era.je

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT