Connect with us

Artis / Selebriti

” Lama dah kami tunggu saat ini.. ” – Nurul Erwani

Video Terbaru Adik Ainul Mardhiah Yang Kini Tidak Lagi Memakai Trachy Di Leher Buat Ramai Warganet Gembira Melihat Perkembangannya. Alhamdulillah Ainul Dah Boleh Bernafas Sendiri. Aktif Betul Ainul, Lari Ke Sana Sini. Siap Berpusing-Pusing Lagi, Hehe !!

Meninjau ke akaun Instagram ibu Ainul Mardhiah iaitu Nurul Erwani, beberapa perkembangan positif Ainul ada dikongsikan. Ainul kini sudah mula tidak memakai trachy di leher yang selama ini membantunya untuk bernafas.

Beberapa perkongsian yang dikongsikan sendiri oleh ibu Ainul iaitu video Ainul yang dilihat sangat aktif selepas tidak lagi memakai trachy. Ainul dilihat berlari ke sana dan ke mari serta berpusing-pusing. Gelagatnya seperti kanak-kanak yang lain.

Menurut Nurul Erwani lagi, Ainul kini sudah boleh bernafas dengan sendiri seperti manusia normal lain. Malah Ainul juga sudah boleh makan dengan menggunakan mulutnya dan menelan makanan dengan baik.

Perkembangan Ainul membuatkan ramai orang gembira termasuk juga doktor yang merawat Ainul. Ainul dikelilingi oleh orang-orang yang amat menyayanginya sehinggakan salah seorang doktor yang merawat Ainul iaitu Doktor Jaseem sudah menganggap Ainul seperti cucunya.

Jom tonton video di bawah :

Lagi perkongsian yang diberikan :

( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai netizen yang memanj4tkan rasa syukur kepada Allah apabila melihat keadaan Ainul sekarang. ANtara komen-komen yang diberikan :

” Alhamdulillah. Ainul dah bernafas sendiri. Dah off trachy. Masya Allah anak ini.. semoga sihat terus insya Allah amin.. “

” Alhamdulillah.. Semoga terus sihat kakak Ainul.. sy nang1s tak tau nak ckp apa syukurnya tkasih Allah.. she is a f1ghter.. “

” MasyaAllah ainul.. tak sabar nk tgk progress ainul, membesar makin sihat dan sihat dan aktif dan ceria .. Smga anaknda ainul smakin diberi afiah.. “

” Alhamdulillah, auntie doakan Ainul diberikan kesihatan yang baik & sentiasa disayangi.. Tiap kali tgk Ainul msti rasa hepy lain mcm xcited.. moga trus sihat dan kuat ya.. “

” Alhamdulillah.. Ainul mmg fighter Kuat semangat.. semoga membesar dengan sihat Ainul.. terus berjuang sayang dan dpt berbakti pd ibu ayah kelak.. “

” Tiada daya & upaya kami melainkan dgn kekuasaanMu ya Allah.. Segala puji pujian hanyalah layak milik Allah yg Maha Tinggi.. “

” Bertuah kamu nie ainul… ramai sgt kamu… ramai yg amik berat mak pak kamu… sesungguhnya keluarga kamu dirahmati Allah.. ‘”

Syukur Alhamdullilah melihat perkembangan Ainul yang semakin hari semakin menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Semoga Ainul Mardhiah terus sihat sentiasa dan menjadi anak yang bijak serta solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : FB Nurul Erwani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT