Artis / Selebriti
” Lagu legend pun dia pandai nyanyi ye.. ” – Netizen

Video Adik Arfa Yang Berusia 2 Tahun Menyanyi Lagu Teratai, Nyanyian Asal Datuk Ramli Sarip Dapat Sorakan Ramai. Wah Sebelum Ni Lagu Lemak Manis, Lagu Legend Pun Dia Tahu. Pandai Nyanyi Ikut Tempo. Comel Sangat Suara Dia Pelat-Pelat Nyanyi !!
Sejak beberapa hari yang lalu tular di media sosial video seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun iaitu adik Arfa boleh menyanyi dengan begitu baik sekali. Namun kali ini lagu legend juga boleh dinyanyikan oleh adik Arfa. Video berdurasi lebih 3 minit ini memaparkan adik Arfa menyanyikan lagu bertajuk Teratai.
Lagu ini dipopularkan oleh Datuk Ramli Sarip dan ia sebenarnya agak sukar untuk dinyanyikan. Tetapi adik Arfa boleh menyanyikan dengan begitu baik mengikut tempo. Wah, memang berbakat besarlah adik Arfa ni. Boleh menyanyi sehingga habis.
Adik Arfa menyanyikan lagu ini dalam satu festival yang dipertontonkan oleh ramai orang yang hadir ke festival tersebut. Ketika di akhir nyanyiannya, adik Arfa sempat lagi memberikan senyuman kepada kanak-kanak perempuan di hadapannya.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Adik Arfa menyanyi sambil memandang skrin di hadapannya seolah-olah sedang membaca lirik lagu tersebut. Wah, memang hebat.
Jom tonton video di bawah :
@zarolzarif Sumpah Zarol terkejut gila tengok adik kecik 2 tahun ni boleh nyanyi lagu legend ni siap tempo dan key yang betul.. Takde orang guide dia kat situ tau.. Semua dia sendiri.. Power! Btw minggu ni Jangan lupa dapatkan Cikidonut Cheese Tarik di 📍 Mini Havoc Food Fest •D’Tempat Sendayan Country Club •16-19 Nov 23 •11Pagi – 12 Malam •Booth Cikifoodie Cikidonut Cheese Tarik Viral #Fyp #cikidot #adik2tahunnyanyi #donutcheesetarik #donut
Ramai yang memuji adik Arfa kerana boleh menyanyi dengan baik mengikut tempo. Antara komen-komen yang diberikan :
” Bdk yg sama nyanyi lgu lemak manis ala amboi amboii tu ke ? haahha.. cutenya.. adik arfa memang suka menyanyi depan orang ramai asalkan adik arfa happy selalu.. “
” Tak lma lg msti ramli sarip pg cari adik ni.. dato roslan da p cari dan jumpa adik ni..tahniah dik adik mmg hebat.. serak suara mcm ramli sarip.. “
” Keberanian nya tu buat acik kagum sayang… acik malu nk nyanyi depan orang.. wow hebat baby, pelapis Ramli Sarip ni.. “
” Bagus dia blh hafal byk juga… tau tempo plk tu. ni mesti masa mak dia ngandung kn dia dulu kaki karok kan.. Lagu legend pun dy pandai nyanyi ye.. “
” Hebat ko ni dikk dia pandai baca ke lirik kt dpn tu ke dia hafal je lagu tu.. Amaze sebab dia pandai ikut tempo music… baru 2 tahun but bijak music dah.. “
” Berani yg penting tu… pelat2lh ye.. menyanyi depan ramai org klu kita ketar kepala lutut dh.. dia selamba je.. macam mana dia hafal dan dia tahu nk msukk time bila.. “
” Dia pndai ikut tempo tu. akak karoke pun kadang2 salah tempo dikk.. Atleast dia boleh capai note2 lagu tue.. kalau dh terbiasa nyanyi mmg pitch perfect nnt bila besar.. “
Bakat yang ada pada adik Arfa ini boleh digilap untuk menjadi seorang penyanyi. Tidak mustahil adik Arfa bakal mengegarkan industri hiburan tanah air dengan bakatnya yang ada. Semoga adik Arfa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Zarolzarif
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Nanti jadi macam kulit Appa ‘black color’.. ” – Nik You Rina
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Eeee sebab tu takut tengok, akan ternangis bha.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Yang last tu betul-betul tak sangka lah apa yang Rina cakap. Omma pula terkejut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Orang belakang tu jantung tercabut sesaat. Muka dah cuak takut ibu terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comel nama baby Ain. Simple tak ada berbelit-belit lidah nak sebut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak tak pandai menipu tau. Abang Long jangan cakap kebetulan pulak ekk. Neyyy, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mata dengan muncung tu tak boleh cover ek, kantoi terus. Ibu comel sangat.. ” – Komen Netizen