Artis / Selebriti
” La baju ke, ingat selendang ke apa dekat lengan tu. Sampai tak sempat pakai baju tu, haha.. ” – Netizen
Video POV Dari Backstage Ketika Amir The Chosen One Keluar Ke Pentas Untuk Persembahan Lagu Kedua Mencuit Hati Warganet. Adui Amir, Dato’ Awie Pun Tergelak Tengok Gelagat Amir. Baju Senget Benget Pun, Suara Tetap Power. Lucu Lah Amir Ni !!
Kemenangan adik Amir di pentas The Chosen One malam tadi masih lagi menjadi perbualan warganet. Rata-ratanya bercerita tentang kehebatan Amir mrnyampaikan kedua-dua persembahannya. Lagu pertama membuatkan ramai menangis dan ajaibnya beberapa saat sahaja selepas itu, Amir membuatkan semua terhibur dengan lagu keduanya.
Itu lah kehebatan Amir yang mampu membawakan apa jua genre lagu. Bak kata Dato’ Awie, Amir buka mulut sahaja suara yang keluar itu memang sedap. Dalam keseronokan semua menonton persembahan kedua Amir, ada yang melucukan terjadi dari belakang pentas.
Meninjau akaun Tiktok Nisaazmee dan Cik_luvox, telah dikongsikan video ketika Amir tergesa-gesa keluar dari belakang pentas untuk menyambung lagu keduanya Ghazal Untuk Rabiah. Amir hanya ada beberapa saat sahaja masa untuk menukar baju.

Dapat dilihat Amir tidak sempat memakai kostumnya dengan sempurna. Dengan baju senget sebelah dan lengan pun terjuntai, Amir tetap konsisten dan fokus menyanyikan lagu tersebut. Siap berqasidah lagi Amir, memang meremang lah persembahan Amir.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@nisaazmee Pov dari backstage, adik amir tak sempat pakai tapi still perform all out. Congrats @Amir Sisi(Unuk)Official and @Putera Muhammad #PuteraMuhammad #AmirSisi #TheChosenOne #amirthechosenone
@cik_luvox Membalas kepada @noriza.harip Dalam beberapa saat je Amir ubah mood penonton Dr sedih ke lawak😂😂.. kalau dah rezeki,xkn ke mana..Amir dah buat yg terbaik dan jadi diri sendiri ❤️ tahniah Unuk dan Coach Putera..#trending #termojproduction #astroceria #teamAmir #18sukukaumorangasli #poskemargerik #thechosenone #AmirSisi #tiktokmalaysia🇲🇾
Telatah lucu oleh Amir ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tak sempat nak adjust baju haha.. lawak lah dak amir ni.. betapa sygnya dato awie kat amir pesanan bermakna. Tp muka tetap lawak x dak perasaan.. moga terus maju jaya dan jd anak soleh ibu ayah.. ”
” Ada Amir kisah… asal blih nyanyi ja… jiwa kanak2 masih lgi nk bermain.. lucu terus Amir nie.. apa pon Amir dah buat yg terbaik.. wow lh.. ”
” Baju ke beg tangan konpius aku haha. la baju ke.. ingat selendang ke apa dekat lengan tu.. tapi dia pandai control situasi.. ”
” Itu tandanya amir profesional. janji nyanyi sedap.. xdan siap, awie kta mcm pk uda haha. amir ni comel , lucu semua ada pda dia.. ada aku kesah hahahaha.. ”
” Mmg dia ni terer ubh mood org bila menyanyi. lucu kan nyanyi tetap nyanyi tak ganggu pape pon kat dia.. ”
” Dengan bju bersidai kat lenggang tapi still hebat nyanyi. gelak smpai kluaq ayaq mata aku dgn amir sorang ni.. still mantap qasidahnye.. ”
” Lawak la anak bertuah oii… smpai xsempat nk pkai baju tu.. Nasib member x hilang focus. dah la dia mudah terhibur dia boleh buat muka nak tergelak plak msa tgh perform. lawak laa amir dh jd juara. tahniah wahai anak.. ”
Disangkakan selendang rupanya baju tak sempat nak sarung pakai. Patut lah coach Putera Muhammad tersengih je tengok Amir keluar. Dato’ Awie pun tak boleh tahan ketawanya, macam Pak Uda katanya Dato’ Awie. Apa-apa pun, Amir memang profesional dan pandai kawal keadaan, terbaik lah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nisaazmee, Tiktok Cik_luvox
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti4 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa yang kita nampak di Parlimen, itu bukan dia.. ” – Shaheizy Sam



