Artis / Selebriti
” Kita pula tersenyum tengok Nana buat sweet sweet nakal dia, haha.. ” – Netizen
Video Persembahan Siti Nordiana Pada Minggu Ke 10 All Stars Gegar Vaganza Buat Peminat Teruja. Part Menyanyi Lagu Hindustan Tu Paling Best, Malu-Malu Nana Dan Syafie Tee. Lain Macam Betul Persembahan Nana Kali Ini !!
Meskipun sedang mengalami sak1t tekak dan bat0k berpanjangan, penyanyi Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana tetap meneruskan perjuangannya di pentas All Stars Gegar Vaganza. Nana juga masih perlu menjalani rawatan intensif di hospital secara berkala bagi memastikan tahap kesihatan peti suaranya berada dalam keadaan baik.
Pada konsert minggu suku akhir semalam, Nana membawakan lagu berjudul Ayam Den Lapeh (Ellie Kassim) dan gabungan lagu Bollywood berjudul Mehndi Laga Ke Rakhna (Lata Mangeshkar & Udit Narayan). Persembahan penuh warna-warni itu menyaksikan Nana berjaya meraih tempat keempat dengan mencatat sebanyak 70.5 markah.
Meninjau di akaun Instagram Astro Gempak dan juga Nana dikongsikan video sekitar persembahan Nana. Perkongsian video itu menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan persembahan Nana semalam luar biasa dan lain daripada minggu sebelum ini. Penampilan pelakon Syafi Tee sebagai cameo turut menggamatkan suasana pentas.

Bukan itu sahaja, persembahan Nana turut mendapat pujian daripada juri, Datuk Syafinaz mengatakan penampilan Nana begitu cantik. Sehingga kini, perkongsian video tersebut menerima ratusan komen serta ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya memuji persembahan luar biasa daripada Nana dan memberikan ucapan taniah serta semangat untuk persembahan pada minggu hadapan. Antara komen-komen warganet adalah :
” Kita pula tersenyum tengok Nana buat sweet sweet nakal dia, haha.. Cantik sgt. Effort tukar baju atas pentas tu memang Vass. Enjoy.. Nyanyi merdu… All out sgt Nana mlm ni. Tahniah.. “
” Amboi3.. Kemain NanAnjali ek, tq na tunaikan jugak nyanyi+joget nustan love betul la wpun ending da dengo mengah sikit.. “
” Almdulillah, GOOD JOB KAK NANA UNTUK MALAM NI.. Sangat2 fun, tapi next week betul2 Kak Nana tak boleh duduk santai.. Saingan makin sengit dan lagu minggu depan betul2 mencabar.. “
” Aku bagitau mak kau.. Kau gatal, hahahaha.. Alhamdulillah Congrats Kak Nana.. Persembahan memang meletop lah.. Gudluck next week.. “
” Mantap kak Nana .No 4 minggu ni.. Minggu depan lagu mencabar kaw2.. Keep strong dan persetan haters.. Moga terus mara ke Final.. “
” Persembahan Nana best malam ni sbb dia banyak put effort on creativity. Ada props, ada interaction dgn penari2, penggunaan pentas , choreography, tarian.. “
” Performance best sngt2 , love ter0k.. Tahniah Nana.. Kemain meriah awak cucuk langit yek.. Awak buat kite nebes ek music intro tu igt nyanyi nustan dulu, haha.. “
Memang padu persembahan Nana semalam, jarang melihat Nana buat persembahan berani seperti ini. Paling best masa part Nana sempat menyakat Syafi dan dua-dua malu-malu. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Nana, semoga Nana terus melakukan yang terbaik pada minggu hadapan dan akan layak ke final.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sitinordiana, astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen



