Artis / Selebriti
” Kesiannya, penat sangat tu. Mak-mak je boleh tidur gaya duduk gini, haha.. ” – Komen Netizen
Video Behind The Scenes Ketika Dato’ Seri Vida Membuat Inside Out 2 Trend Raih Perhatian Ramai. Alahai Kesiannya DSV, Penat Sungguh Sampai Tertidur Duduk Macam Tu. Tertunduk-Tunduk MUA Nak Make Up Sebab Tak Nak Kejutkan DSV, Hehe !!
Nama usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida seringkali menjadi sebutan warganet kerana telatahnya yang mencuit hati. Popular dengan gelaran DSV, usahawan ini seorang yang gigih dan selalu up to date dengan pelbagai trend yang viral di media sosial.
Selepas Asoka dan Poco Loco Trend, baru-baru ini DS Vida telah pun menghasilkan video Inside Out 2 Trend beberapa hari yang lalu. Video oleh DS Visa itu mendapat pujian daripada warganet kerana hasilnya begitu gempak dan lain daripada yang lain. Kegigihan DS Vida dan team menjayakan video trend itu membuatkan ramai kagum.
Namun di sebalik terhasilnya video itu, banyak yang perlu ditempuh oleh DS Vida. Menerusi perkongsian video di akaun Instagram DS Vida, telah dikongsikan situasi ketika DS Vida sedang makeup. Memandangkan penghasilan video trend ini mengambil masa yang lama, ianya membuatkan DS Vida keletihan.

Ketika jurumekap sedang menyiapkan solekan wajah, DS Vida telah terlelap sambil duduk. Tertunduk-tunduk jurumekap itu kerana tidak mahu mengejutkan DS Vida. Apabila DS Vida terjaga, comel sahaja DS Vida tersenyum memandang semua kru yang ada di situ.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Orang kaya yg dah ada nama gigih buat marketing. still berusaha untuk perniagaan di mana hasilnya dikongsikan untuk kebajikan ke jalan Allah.. “
” Kesiannya… penat sangat tu… mak-mak je boleh tidur gaya duduk gini haha.. Buat trend macam ni baru love.. “
” Amboi dsv semua challenge yg viral dia nak buat, siap terlelap atas kerusi mmg style mak2 sangat.. “
” Betul dsv… kali ni memang sangat mencabar… saya salute kegigihan dato seri vida ni.. apa dia buat semua gigih dan bersungguh sungguh.. “
” Alahai kesian nya Dato Seri penat ngantok daaa tapi tetap teruskan tersenyum cantik comel. tak apa dsv dah buat yang terbaik.. 5 star.. “
” Comel bah dato vida ni.. bukan senang nak jadi senang.. Penat yg sangat berbaloi datoserivida In love sangat dgn effort dato utk menghasilkan video tu.. “
” Makeup sambil tidur pun boleh.. result gempak.. kesian dsv.. semangat dato tu memang salute lah.. “
Bukan mudah untuk menjadi senang. Walaupun sudah bergelar jutawan, DS Vida sentiasa bersemangat untuk membuat marketing yang hebat. Penat pun berbaloi kerana video Inside Out 2 Trend oleh DS Vida ini memang gempak dan berjaya meraih jumlah tontonan yang tinggi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datoserivida, Tiktok Datoserividaofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


