Artis / Selebriti
” Kerana satu nila setitik, lepas tu dah tak boleh panggil ‘ B ‘ ke.. “- Eira Syazira
Video Eira Syazira menyakat suaminya, Pak Azad dengan panggilan ‘ B ‘. Respon Pak Azad buat ramai terhibur. Berdekah-dekah Eira gelak, masuk air betul lah suami isteri ni. Selamat Pak Azad tak tercekik tengah makan nasi tu, haha..
Sebut sahaja nama pelakon Pak Azad dan isterinya, Eira Syazira, pasti ramai yang mengenali pasangan ini. Sering berkongsi video kelakar, telatah pasangan suami isteri ini tidak pernah gagal mengundang tawa warganet yang terhibur dengan gelagat mereka.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Eira, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan telatah Eira bersama Pak Azad ketika sedang live. Menerusi video tersebut, Eira memanggil Pak Azad dengan panggilan ‘ B ‘, namun reaksi terkejut Pak Azad membuatkan ramai terhibur.
Menurut Eira, kerana ‘nila setitik’, panggilan ‘ B ‘ kini tidak lagi boleh digunakan. Hal ini susulan tularnya sebuah video seorang wanita yang didakwa mempunyai hubungan dengan suami orang menjelaskan bahawa panggilan ‘ B ‘ yang digunakannya kepada lelaki tersebut sebenarnya bermaksud ‘brother‘, bukannya ‘baby‘ atau ‘hubby’.

Gelagat Eira yang bergurau mengenai perkara tersebut serta reaksi bersahaja Pak Azad menjadikan video itu lebih menghiburkan. Rata-rata warganet mengakui mereka tidak mampu menahan gelak menonton interaksi spontan pasangan ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video tersebut dan terhibur melihat telatah pasangan suami isteri ini yang tidak henti-henti menyakat antara satu sama lain. Antara komen-komen menarik yang ditinggalkan warganet adalah:
” Kak ira mudah terhibur . Abg azad buat lawak begitu je mudah ketawa . MasyaAllah , sangat sweet . Saya pun tersenyum melihatnya . Semoga berkekalan hingga ke syurga . Aaminn yaa rabbal alamin.. “
” Eira ni mudah terhibur.. Unglerrr dapat bini jenis mudah terhibur & masuk air.. Semoga bahagia selalu kedua2nya.. “
” Eira mudah terhibur pak azad wat pe pon gelak, hahahahha..Moga pasangan ni bahagia hingga ke jannah ya.. “
” Eira gelak sampai bergemaa suara dia bbbbbbbbbbbb hahahaha.. Mudah terhibur betul lah dua orang ni, haha.. “
” Kita yang tengok ni pun ikut ketawa sekali, hahaha.. Satu dunia takleh panggil B hahahahaha lawaklah lakibini ni.. “
” Wehhhh bongok la, aku rasa mcm satgi nk tercekek plak dak eira tu kunyah taktelan lagi dia bantai gelak besau plak, haha.. “
” Pak Azad punya reaksi muka tu kalau dpn mata aku pun aku rasa dekah trkencing2 kot.. Tgh makan gelak besar mcm tu.. risau tesembur je makann tu.. “
Apa-apa pun, telatah Pak Azad dan Eira sekali lagi berjaya menceriakan hari-hari para pengikut mereka. Ramai yang meninggalkan komen menyatakan betapa mereka terhibur dengan content jenaka pasangan ini yang sentiasa bersahaja dan natural.

Silakan SHARE..
Sumber : IG eirasyaziraofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan

