Artis / Selebriti
” Kau tak sayang bini ke, kau tak rancang ke. Ok akak-akak semua macam ni.. ” – Fizo Omar
Video Fizo Omar Menjawab Isu Isterinya, Fazeera Nazri Bersalin Rapat. Fuh Bila Abe Joe Bersuara, Memang Padu Lah Jawapannya. Makcik Bawang Boleh Hadam Elok-Elok Ayat Fizo Tu Yer !!
Umum mengetahui, pelakon dan usahawan, Fizo Omar telah pun menimang seorang lagi cahayamata perempuan baru-baru ini. Sejak awal lagi ketika Fizo memaklumkan tentang kehamilan kali kedua Fazeera ini, pelbagai reaksi positif dan negat1f diterima oleh mereka.
Antara komen yang hangat diperkatakan oleh warganet adalah kasihan kepada Fazeera kerana jarak kehamilan dan bersalin terlalu dekat. Wan Khaleeda baru sahaja 11 bulan sudah pun mendapat adik. Ada juga yang berkira-kira Fazeera cuma ‘kosong’ sebulan sahaja selepas bersalin sebelum hamil lagi.
Menerusi akaun Instagram Official Hlive, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temuramah antara wartawan dan Fizo. Persoalan mengenai Fizo tak sayang isteri dan tidak merancang diutarakan dan Fizo memberikan jawapan yang sejelas-jelasnya.

Kata Fizo, umurnya kini hampir 40 tahun dan dia sememangnya merancang untuk mempunyai ramai anak. Dek kerana faktor usia, Fizo memikirkan sekiranya dibuat 5 tahun jarak kehamilan antara anak-anaknya, sudah umur 50 tahun masih menimang bayi dan kudrat bagi mencari rezeki untuk menanggung semua perbelanjaan membesarkan anak agak terbatas.
Jom tonton video di bawah :
Penjelasan oleh Fizo ini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pls respect life org.. jgn kita nk msuk campur. Semua org ada perjalanan msing2.. kita doa je baik2.. ”
” Bni dia yg ngndung netijen yg panasss.. bni dia ok ja.. dpt lynn 5star lg n dia mampu.muda2 la bgus bt anak.. sng skli jalan jaga. nt dh besar sng dah smua.. ”
” Betul la tu dia cakap. Kami ni syukur la, kita 44, suami 47. Anak sulong 19, 17,13,10 dan 5 bongsu. Tak mo fikir pasal pregnant dah, nak bersara dengan aman. Now, besarkan anak dan berikan didikan sebaiknya.. ”
” Takpe Abe pijo.. Nk sikit anak ke nak ramai anak ke.. Keputusan ditgn Abe.. Janji isteri Abe bahagia.. Ank² sumo bahagia.. Alhamdulillah.. Pahala pun makin bertambah.. ”
” Tak salah kot. Aku pun cam Fizo jugak jarak anak no 1 dan no 2 dekat. Rezeki kot Allah nak bagi. Itu pun dorang nk kecoh. Biorlah.. ”
” Adui hai, bini dia muda lg. bersalin pun hospital top, berpantang pun tempat best. Biarlahhhhhhh. lgpun bersalin normal kan. lain la czer. aduiii.. ”
” Dia provide mcm2 kat bini dia. Bini dia mengandung beranak jer. Keje rumah pinggan mangkuk kain baju takyah pikir dah. Aku pon sanggup beranak tiap2 tahun, yang lain semua org lain uruskan.. ”
” Sayang bini la tu.. Beranak rapat pon tapi tengok la hantar berpantang kat mana… Makan, penjagaan mak & baby pon semua terjaga dan dijaga elok… Bagus la tu.. ”

Pastinya Fizo dan Fazeera telah pun berbincang dan ada perancangan untuk keluarga mereka. Diharapkan penjelasan Fizo ini cukup jelas untuk semua dan tidak lagi membangkitkan hal tersebut. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Fizo, Fazeera dan anak-anak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Official Hlive, IG Fizo Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Kereta teruk juga lah. Airbag semua keluar, itulah hentakkan yang kena muka dengan kaki dia.. ” – Rozi Abdul Razak
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam mana tahan gelak ni oii. Part keluarkan rambut dari mulut tu sumpah kelakar, haha.. ” – Komen Netizen

