Connect with us

Artis / Selebriti

” Kami sebenarnya dah bertunang dekat Ipoh hari tu, confirm kahwin dengan dia.. ” – Cik Lan

Video Cik Lan membuat pengumuman sudah bertunang dengan Dato’ Seri Vida mengejutkan ramai. Alahai sweetnya Cik Lan dengan DSV. Part Cik Lan tukar lirik masa menyanyi lagu Sandar Pada Kenangan tu sweet sangat. Malu-malu DSV dibuatnya, hehe..

Selain kisah cinta Fattah Amin dan Amira Othman serta Bella Astillah dan Syed Saddiq, kisah antara usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida dengan Roslan Shah juga menarik perhatian ramai. Bermula dengan siri paranormal bersama-sama, nampaknya pasangan ini seperti sedang hangat bercinta.

Terbaru, meninjau di akaun TikTok salmon.skin.cikbtelah dikongsikan video yang memaparkan telatah Roslan atau mesra dengan panggilan Cik Lan ketika berada di sebuah expo. Menerusi video itu, Cik Lan menyanyikan sebuah lagu bertajuk Sandarkan Pada Kenangan.

Turut ada bersama di expo tersebut adalah Dato’ Seri Vida. Ketika DS Vida hadir, Cik Lan memberikan satu pengumuman dengan mengatakan yang dirinya dengan DS Vida telah pun bertunang baru-baru ini di Ipoh. Malah, Cik Lan turut berharap jodohnya dan DS Vida akan ke jinjang pelamin.

DS Vida hanya tersenyum sahaja dan tidak mengiyakan dan menafikan kata-kata Cik Lan. Umum mengetahui yang Cik Lan suka bergurau. Kalau benar bagai dikata, apa salahnya. Ramai yang merestui hubungan Cik Lan dan DS Vida serta berharap pasangan ini akan cepat mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.

Tonton video di bawah ini :

@salmon.skin.cikb

🎤 “Mengapa kita bila nak kahwin 🤣 – Cik Lan @Roslan Shah – Cik Lan siap nyanyikan lagu khas untuk saya di Singapore Expo! Terima kasih warga Singapore yang sporting #tiktoksingapore🇸🇬 #foryoupage #roslanshah #datoserivida #pamogajus

♬ Rasa & Takdir – Amira Othman & Irfan Haris

Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video ini dan pelbagai ucapan telah diberikan mereka kepada Cik Lan dan DS Vida. Antara komen-komen menarik adalah :

” Weh serius lah dorang ni, terkejut dengar Cik Lan cakap macam tu.. Kalau lah betul, tahniah.. Tumpang happy Dato Vida dah jmp cinta sejatinya.. “

” Cik Lan terus berubah suara jadi jantan sejati ooo depan datuk bida bah.. Ini mesti cinta mati ini.. Aduhai sweet sangat lah.. “

” First time tengok dato vida introvert hahahahahahaha.. Mmg sesuai dua ni .Sbb dua2 ada lose tu sikit.. Tapi bab keje serious.. “

” Baru tadi sakit rahang blushing dgn fatahamira, ni sambung sakit rahang + senak perut tang ni pulak, HAHAHAHAHA.. “

” Apa khabar sayang, dalamnyaa suara cik lan, sopan je lalu kat teling aku ni.. Akhirnya aku nampak dato vida betul2 sedang bahagia.. “

” Tahniah Cik Lan dan Dato Vida, jangan tunang lama2 sangat.. Darah tengah manis tu, cepatkan majlis kahwin.. Tak sabar nak tengok.. “

” Sweet nya Cik Lan dengan Dato Vida.. Kami doakan semoga ada jodoh Cik Lan dan Dato Vida, nampak serasi dan sekufu.. “

Wah Cik Lan nampak begitu gentleman, sweet sangat cara Cik Lan menyakat DS Vida, lagi-lagi part sama-sama menyanyi tu. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat DS Vida dan Cik Lan. Andai ada jodoh antara mereka, semoga segalanya dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok salmon.skin.cikb

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Jeruk Mangga Papa Laris
Glad2Glow Powder

Trending

Copyright © Berita Kopak