Artis / Selebriti
” Kalau tak bercakap memang tak kenal ni Uyaina, suara je sama.. ” – Komen Netizen
Kongsi Video Throwback Ketika Pentas Akhir Pencarian Nona Manis, Penampilan Uyaina Arshad Pada Ketika Itu Raih Perhatian Ramai. Eh Nampak Lain Betul Uyaina Masa Ni. Nasib Baik Suara Masih Sama. Kalau Tidak, Memang Tak Kenal !!
Meninjau ke akaun Instagram Uyaina Arshad, perkongsian sebuah video throwback ketika Uyaina berada di pentas akhir Pencarian Nona Manis telah meraih perhatian ramai. Uyaina memuatnaik kembali video ini bersempena ulangtahun TV3 yang ke 40 tahun dan itu merupakan detik pertama Uyaina terlibat dalam dunia penyiaran.
Menerusi program Pencarian Nona Manis pada tahun 205 ini Uyaina telah dinobatkan sebagai juara. Kemenangan ini menjadikan Uyaina sebagai pengacara Nona selama dua tahun dan seterusnya menjadi pengacara Wanita Hari Ini sejak tahun 2016 sehingga kini.
Di sebalik perkongsian ini, ramai netizen yang terkejut melihat penampilan Uyaina dahulu berbanding sekarang yang cukup berbeza. Uyaina yang dahulu sangat kurus menyebabkan wajahnya sangat berbeza. Penampilannya juga sangat lain dengan sekarang. Jika tidak mendengar pada suaranya, pasti ramai tidak menyangka itu adalah Uyaina.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Uyaina turut berterima kasih kepada TV3 kerana memberi peluang kepadanya menimba ilmu penyiaran sehingga kini masih setia di TV3.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang menyatakan wajah Uyaina sangat berbeza berbanding sekarang. Antara komen-komen yang diberikan :
” Sekali tengok mcm eh tak kenal tapi suara sama.. bukan main she rantai bersilang ngn tudung time tu. Lainnya muke…berbeza sungguh.. “
” Cam pada suara baru tau sapa. Terbaik Uyaina penuh semangat tanpa takut2.. lain sangat tapi gaya cara cakap sama.. “
” Nmpk lain sbb kurus sgt time nie tapi tetap cantik till now.. Omg…ni ke yana dulu?? lain betullll ehh…kak linda tgk video ni…tunggu laaa, lepas peserta ni yana kot…rupanya itu la yanaaaa .. “
” Kagum tengok sis uyaina masa tu. Juara nona manis TV3, Juara Puteri Muslimah mengatasi peserta Dr seluruh Asia .. Hahahhahhaha kenapa aib pulak . Herlokkk je tgk.. “
” Saya suka uyaina dari episode pencarian nona tu lagi.. sebelum sampai final ni. Siap cari kat IG sebab nak follow. Suara tu sedap sangat dengar lembut tapi penuh input.. “
” Kalau x bercakap mmg x kenal ni uyaina suara je sama… makin hari makin cantik.. Kurus giller smpai xknl aku dibuatnye.. “
” Cantik je . aib knp? mesti sb fesyen tudung tu kan? ingt lg very in yeee tudung style kepit tepi gitu. zaman fesyen tudung dlu2 mmg mengundang ketawa klu throwback skrg.. “
Siapa sangka jika dahulunya Uyaina hanyalah gadis biasa dan tidak dikenali ramai, kini Uyaina berjaya sebagai seorang personaliti TV dan juga selebriti serta popular. Semoga Uyaina terus berjaya dalam bidang penyiaran dan juga undustri seni tanah air. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Uyaina Arshad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen

