” Kalau betul-betul ikhlas tak payah nak menunjuk la.. ” – Netizen

Gara-Gara Kongsi Video Memberi Makan Kepada Kucing, Rita Rudaini Terima Komen Negat1f Daripada Seorang Netizen. Alahai Buat Baik Pun Kena Kec4m Dan Ini Respon Rita Sendiri !!

Pelakon cantik Rita Rudaini sering menjadi perhatian peminat. Rita yang berstatus ibu tunggal ini membesar dua orang anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Keceriaan dan kegembiraan tiga beranak ini pasti meraih perhatian ramai setiap kali dikongsikan.

Bagi pengikut setia Rita, pastinya tahu tentang kegemarannya dan anak-anak memelihara kucing. Rita sering berkongsi di Instagramnya tentang kucing-kucing yang dijaga mereka antaranya diberi nama Oreo dan Camilla. Anaknya Qaqa juga sangat memanjakan kucing-kucingnya ini.

Terdapat satu video yang dikongsi Rita menunjukkan koleksi kucing peliharaan mereka yang sedang diberi makan oleh Qaqa. Kesemuanya memiliki bulu yang gebu dan semuanya berwarna kelabu. Bagi pencinta kucing pastinya permandangan itu nampak sangat indah dan ger4m melihat kecomelan si bulus.

Meninjau akaun Instagram Rita Rudaini, telah dikongsikan satu video yang menunjukkan aksi beberapa ekor kucing yang sedang makan. Kelihatan persekitaran yang sedang hujan lebat dan kucing itu berteduh di kaki lima bangunan. Turut kedengaran suara anak-anak Rita bersamanya dalam video tersebut sambil memerhati kucing itu.

Jom tonton video di bawah :

Tindakan Rita ini mendapat perhatian peminat dan ramai yang memuji kebaikan Rita ini. Antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah… mulia sungguh hati insan2 yg sentiasa memberi mkn pd kucing.. “

” Kita kt sini suka kucing,dan suka melihat kebaikan yg org buat. apa yg indah lg ia memberi inspirasi kepada kita utk turut membuat kebaikan.. “

” Ya Allah semoga dirahmati awk dan anak2 sentiasa di bawah lindunganNya.. “

” Hanya org yg sayang kucing jer faham.. good rita.. dah semaikan rasa kasihsyg anak2 pada binatang sedari kecil.. “

” Ya Allah berilah aku hati sebaik Rita. saya baru berjinak2 nak dekat dgn kucing.. “

” Semoga bertambah rezeki. Video baik pun kena tunjuk la supaya jadi teladan.. “

” Kita rasa tenang kan bila kita buat baik alhamdulillah.. Bestnye dpt bagi kucing makan.. semoga murah rezeki sis.. “

Namun ada juga yang kurang senang dengan perkongsian Rita ini dan dijawab Rita dengan tenang sekali :

Bagus dan terpuji sikap yang diamalkan Rita ini terhadap haiwan kesayangan Rasullullah ini. Salah satu cara bersedekah dan menjemput rezeki adalah berbuat baik dengan binatang. Apa pun, semoga Rita sentiasa dikurniakan kebahagiaan dan gembira selalu bersama anak-anak. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rita Rudaini

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..