Artis / Selebriti
” Kalau abang cakap abang sedih dik.. ” – Ridzokumura

Live pertama Ridzokumura untuk sahur pertama Ramadhan bersama Sky menyentuh hati warganet. Perkongsian Ridz tentang Akiko dan keadaan mata Sky yang bengkak menangis buat ramai sebak. Bergenang air mata Ridz, Akiko satu dalam sejuta..
Ramadhan tahun ini sudah bermula dan semua wargamaya ternanti-nantikan video Ridzokumura dan anaknya, Sky. Suasananya tidak akan sama dengan tahun-tahun lalu kerana Akiko telah pun pergi meninggalkan Ridz dan Sky untuk selama-lamanya. Walaupun masih dalam kesedihan, Ridz tetap menguatkan diri untuk live bersama warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ridzokumura, Inaijari dan Ohbulan Official, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan keadaan terkini Ridz dan Sky. Menerusi video pertama, Ridz menunjukkan Sky yang masih lena tidur. Wajah Sky yang kelihatan matanya bengkak menyentuh hati semua.
Sky banyak menangis semasa pengebumian Akiko semalam dan tentunya Sky masih merindui sentuhan ibunya itu. Ridz mengusap-ngusap lembut kepala Sky. Ini adalah live pertama Ridz setelah ketiadaan Akiko dan sahur hari pertama mereka bersama. Sky dan Ridz sedang menyesuaikan diri tanpa Akiko.
Turut dipaparkan video Ridz meminta semua agar mendoakan Akiko tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Ridz turut memberikan pujian dan penghargaannya terhadap Akiko selama isterinya ini menjaga dirinya dan anak mereka. Bergetar suara Ridz menahan kesedihan tetapi perlu kuat untuk Sky.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian-perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Andai buat live bole kuatkan semangat Ridz n sky… buatlah… just sedekahkan al Fatihah buat arwah dipermulaan n sblom berakhir sesi live.. “
” Sky anak soleh… semoga sky kuat. Akiko tiada pengganti. sabar, taat… semoga Allah berikannya syurga.. “
” Takziah En Ridz Sky. Semoga ALLAH buka kesemua pintu Syurga buat Almarhumah Aishah. Takziah.. “
” Seorang mualaf yg menjaga suami & anak dgn sempurna,meninggal di hari Jumaat dan mendapat redha suami… syurgalah tempat mu Nur Aisyah Binti Abdullah.. “
” Salam takziah…. YaAllah kuat kan la jiwa Sky dan Dik Wan… aamiin yaRab yaBariq yaMalikulmulk yaNur hasbunallahuwaniqmalwakil moga Allah tempatkan arwah Akiko di syurga yg indah… Aamiin yaRab.. “
” Kau dan sky kuat… Allahumma aamiin .. ko kan ayah yg hebat untuk Sky.. Come on dekwan u can do it.. steady.. “
” Allahuakbar sedih tengok Sky.. Ya Allah berikanlah ketabahan & kekuatan yg optima kepada mereka berdua.. “
” Allahuakbar besarnya dugaan utk Sky. Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kpd Sky n ayahandanya hadapi dugaan yg maha hebat ini.. “
Allah aturkan yang terbaik untuk Sky dan Ridz dan semua yang terjadi ada hikmahnya. Semoga Sky dan Ridz diberikan kekuatan untuk melalui masa sukar ini bersama. Kenangan bersama Akiko akan sentiasa mekar dalam ingatan mereka berdua dan juga semua warganet.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura / IG Inaijari / IG Ohbulan Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen