Artis / Selebriti
” Kak Lina nampak macam cuak tapi masih kelakar. Biru la dik haha.. ” – Netizen

Video Elly Birthday Kena Prank Sempena Birthdaynya Buat Warganet Terhibur. Haaa Gabra Juga Kak Lina Bila Team Beritahu Recording Hilang. Muka Cuak Tapi Sempat Lagi Buat Lawak. Adoi Kak Lina Ni, Haha !!
Elly Mazlein atau mesra dengan nama Kak Lina Kepom antara penyampai Era FM yang disukai oleh ramai. Memandangkan hari lahir Kak Lina pada 17 Disember yang lepas, team Era berpakat bersama Ara Johori untuk mengenakan Kak Lina.
Meninjau akaun Instagram Era, telah dikongsikan suasana ketika mereka semua membuat prank tersebut. Berlakon seolah-olah recording Kak Lina dan Ara hilang, semua memainkan peranan yang masing-masing agar prank ini menjadi dan kelihatan real.
Ketika diberitahu yang hilang adalah part 2, muka Kak Lina mula berubah. Mana tak cuak, recording itu 1 jam lamanya. Kalau betul-hilang, jenuh Kak Lina perlu membuat recording semula. Tetapi prank ini tidak lama apabila Ara masuk ke konti sambil menyanyi lagu happy birthday untuk Kak Lina.
Daripada muka cuak, Kak Lina terus tersenyum lebar. Ramai betul yang sayang Kak Lina ni. Apabila ditanya harapan Kak Lina, terus Kak Lina menyanyi. Adoi Kak Lina ni, jenakanya spontan betul. Yang penting, Kak Lina tetap kata umurnya 18 tahun setiap kali birthday dia, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha biru lah dik.. patut panjang lagi.. pendek sangat pranknya hah.. klu lama sikit biru kak lina kat situ. yg tak tahan kak lina tgh cuak masih kelakar.. ”
” Tajuk album dia biru la di kk.. Kak Lina nampak mcm cuak tapi masih kelakorr by the way Yeppy Birthday Kak Lina No Syatuuu.. ”
” Baling donut tu dekat dia orang kepom haha.. Mengada-ngada tau dia orang prank Kepom haha.. Happy birthday kak Lina semoga dilimpahi rezeki sehat sentiasa amin.. ”
” Happy birthday kak lina. Walau dah nampak azab di hadapan, tetap tenang ya. Patut la semua org shayang.. ”
” Sempat lagi buat lawak. Tajuk album dia biru la dik haha.. Soft rupenye kak lina ni.. comeyy such a sweet lady.. ”
” Laaaa macam cepat sngat jee tiber happy birthday cerita prank tu tak habis lagi haha.. bagi lah lama sikit kak Lina gabra. apa2 pun comel Kak Lina.. ”
” Yang Ara pun tak menyempat nak masuk. Cerita tak habis lagi hahahaha .. kena prank lama lagi baru la best.. boleh tngok muka kak lina biru hehe.. ”
Kelakar lah Kak Lina, sempat lagi bagi ‘tajuk album’ walaupun tengah cuak. Rugi pula pranknya hanya sebentar, kalau lagi lama tentu warganet boleh melihat ‘muka biru’ Kak Lina. Apa-apa pun, sambutan simple sebegini pasti akan meninggalkan kenangan indah untuk Kak Lina.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen