Artis / Selebriti
” Kak Lina Kepom je yang boleh macam ni. Kejung perut gelak tengok Kepom, haha.. ” – Netizen
Perkongsian Video Persembahan Elly Mazlein Di Pementasan Teater Dyn Solo Buat Ramai Terhibur. Buat Hal Lah Kepom, Boleh Duduk Bersimpuh Menyanyi. Lawak Kepom Ni !!
Nama Elly Mazlein atau Kak Lina Kepom bukan asing di Malaysia. Tidak hanya sebagai penyanyi, pelakon dan penyampai radio, Kak Lina juga banyak mengacara banyak rancangan hiburan. Kini Kak Lina semakin melebarkan sayapnya apabila muncul sebagai artis jemputan di Singapura.
Menjayakan Dyn Solo Concert iaitu pementasan teater komedi, kehadiran Kak Lina menggamatkan suasana. Meninjau akaun Instagram Elly Mazlein, telah dikongsikan satu video yang memaparkan salah satu babak lakonan Kak Lina. Tampil memakai jubah dan tudung berwarna putih, penampilan Kak Lina ini mendapat pujian ramai.
Kak Lina tetap dengan karaktor lucu dan lawak spontannya itu. Dalam babak ini, Kak Lina menyanyikan lagu dendangan asal penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu lagu berjudul Biarlah Rahsia. Gemersik suara Kak Lina itu mendapat sorakan daripada semua penonton.

Kata Kak Lina, dia terlupa lirik lagu ini kerana scene ini spontan terjadi. Teringat pula kenangan Kak Lina bersama Chaan apabila ayat ‘3 4’ keluar daripada mulut Kak Lina. Penonton pun cukup sporting, sama-sama kira ‘ 3 4 ‘ untuk Kak Lina menyanyi. Multi talented dan berbakat besar Kak Lina Kepom ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meriah lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Elly Mazlein sebenarnya multi talented.. dedulu masa memula masuk industri seni,mcm malu2 je . sekarang semua boleh. dj, melawak, berlakon, menyanyi, pengacara.. ”
” Elly mazlein berbakat… serba boleh… versatile.. Kak lina jangan la kelakar sangat nanti letih tau nak gelak.. ”
” Tergelak sorang-sorang doh haha.. Kepom je yang boleh macam ni, jangan ada yang nak tiru haha.. kejung la gelak tengok kepom ni.. ”
” Kak kepom talentednya, dah la cantik, boleh jadi host, kelakar, nyanyi pun sedap.. Kerjaya kepom yg pertama penyanyi kan mesti la pandai nyanyi.. pehtu, semua dia tapau no. syatu.. ”
” Jarang la nak no2… always no syatu… tahun ni kompom naik stage abpph lg sekali. stanby baju lelawo tau akak kesayangan.. ”
” Tapi mmg suara kak lina mcm tokti.. ade satu lagu kak lina kita ingat tokti yg nyanyi rupanya elly mazlein… hehe.. ”
” Fuh begitu lah penyanyi example.. dalam tak ingat lirik pun tetap perform ok. suara lunak merdu bak buluh perindu.. kak lina nombor syatu.. ”
Kalau sudah namanya Kak Lina, semua pun boleh dibuatnya. Setakat menyanyi ni memang ‘makanan’ Kak Lina walau pun lirik tak tahu ke mana arahnya haha. Apa-apa pun, Kak Lina memang nombor syatu dan sentiasa nombor syatu di hati peminat. Terus maju jaya Kak Lina kesayangan ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein, Tiktok snfrr_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen



