Connect with us

Artis / Selebriti

” Job paling sakit hari. Makeup, gencu, mampan tapi aaaaaa je sampai ke sudah.. ” – Kak Lina

Video parodi Didie Alias bersama Kak Lina Pom Pom miming lagu viral Cinta Tersimpul Rapi buat warganet terhibut. Alahai punya cantik Kepom makeup, sekali tu je function Kepom. Senang betul buat duit, haha..

Didie Alias antara pelakon senior yang masih lagi bertahan dalam industri sehingga sekarang. Didie banyak melakonkan watak-watak komedi dan sememangnya dalam kehidupan sebenar Didie seorang yang kelakar dan suka membuat jenaka spontan.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Didi Alias dan Elly Mazlein, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Didie dan Kak Lina bergabung membuat satu parodi. Mereka miming lagu Cinta Tersimpul Rapi yang diberikan nafas baru oleh Jane in Heaven.

Namun apa yang menjadikan video ini kelakar apabila Didie langsung tidak memberi peluang untuk Kak Lina mencelah masuk menyanyi. Didie bertindak sebagai penyanyi utama dan Kak Lina cuma mendapat peluang sebagai penyanyi latar sahaja.

Reaksi wajah Kak Lina itu menggeletek hati warganet. Dengan solekan Kak Lina seakan-akan anak patung Barbie, Didie menggelarkan Kak Lina sebagai patung lilin. Kata Didie, senang sungguh Kak Lina membuat duit disertai dengan emoji ketawa. Kelakar sungguh gandingan Didie dan Kak Lina ini.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Itu je ke function Kak Lina haha.. terkejut yang sound effect dekat belakang tu.. fikir AI dekat belakang tu, punya tak berkelip mata haha.. “

” Part Kak Lina tu mengilai versi santun haha.. Kak Lina cover “haaa haa…haaa” cenggitu jer gaisss.. Adoi….sakit urat perut ketawa tgk Lina Pom Pom ni.. “

” Walaupun haa haa haa, function betul haha.. Job task Lina pompom senang je. Haaa heee haaaassss, sambil gerak kepala skit haha. jarang kak lina behave gini.. “

” Pom!! Sebegitu makeup nye mu hanya “aaaaahhhhh” ajeeee haha.. senang buat duit ek haha.. ni pecah kalau content berdua.. “

” 2 generasi lama baru apabila bergabung.. Dia ambik yg hujung-hujung jer ek? Gaji tetap bayar full haha.. rasa macam nak hempuk kepom.. “

” Kak lina blh telan air liur tak tu ? Asyik kene nganga dari tadi.. Sesimple itu je job kak lina ehhhhhhh.. haha nyirap je eh.. easy money.. “

” Hadoi Lh kak lina haha.. suara latar jek pun buat org gelak.. Lawak tol yg belakang tu.. senang kerja nya.. itu je fungsinya.. adui sakit perut aku ketawa tengok muka kepom.. “

Komen Kak Lina yang mencuit hati warganet :

Apabila 2 pelakon yang sama-sama masuk air bergabung, ketawa besar warganet melihatnya. Gandingan Didie dan Kak Lina memang gempak. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga terhibur menonton video tersebut.

Silakan SHARE..

Sumber : IG

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak