Artis / Selebriti
” Jawapan Amir ni kan memang tulus mulus betul lah. Nampak sangat tak kejar glamour.. ” – Netizen
Gelagat Adik Amir Dalam Video Sedutan Final The Chosen One Buat Ramai Terhibur. Part Jihan Muse Tanya Amir Nak Menang Tak Dan Jawapan Amir Bila Ditanya Sama Ada Kenal Ajai Atau Tidak Buat Penonton Berdekah Gelak. Alahai, Jujur Sangat Amir Ni !!
Esok bakal menyaksikan siapakah yang bakal dijulang sebagai juara The Chosen One Musim Pertama. Dayana, Erika, Amir dan Khalyn akan berentap untuk merebut gelaran tersebut. Memandangkan rancangan ini bukan secara live dan dirakamkan lebih awal, Astro Ceria ada berkongsikan sedutan video apa yang terjadi ketika final.
Meninjau akaun Instagram Astro Ceria, telah dipaparkan sedikit sedutan video apa yang terjadi di pentas final dan antara artis yang tampil adalah Bell Ngasri dan Ropie. Turut juga diselitkan video ketika juri iaitu Jihan bertanyakan soalan kepada Amir.
Amir ditanyakan sama ada dia ingin menang atau tidak untuk pertandingan ini dan jawapan Amir membuatkan Jihan sendiri bingung. Jika orang lain ditanyakan sebegini, pastilah jawapannya ingin menang tetapi Amir jawapannya dia ingin balik.

Sememangnya Amir seorang kanak-kanak yang jujur. Sudah dididik sebegini sejak kecil, semua jawapan Amir sangat ikhlas daripada hati. Ajai yang menjadi juri jemputan pada kali ini juga ketawa apabila Amir mengatakan dia tidak kenal siapa Ajai, hehe.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet terutamanya penyokong setia Amir. Sempoi betul Amir dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kalau ditanya pada peserta lain, nak menang x ? of coz akan jawab yes, sebab cita-cita dorang memang nak jadi artis dan buat duit.. ”
” Tapi amir…. lain pulak jawapan dia, nampak sangat dia tak kejar glamour…. dia dah sampai ke tahap ini pun… dia dah bersyukur.. ”
” Amir tetap juara rakyat di hati Malaysia.. Amir ni budak yang cakap jujur.. tak kenal dia cakap tak kenal.. terbaik lah.. ”
” Amir tak nak menang tapi kami nak amir menang sebab amir dah menang dalam hati kami jugak.. ”
” Tak sabar nak tengok persembahan amir, janji amir dah menang di hati peminat.. Ini dia aura Mawi, ini aura Amir.. ”
” Tak sabar nak tengok persembahan amir malam esok…. good luck amir.. harap sangat amir juara sebab amir paling terbaik.. ”
” Aduhlah Amir, tak nak menang budak bertuah ni.. jawapan Amir ni kan memang tulus mulus betul lah. Tak kenal Ajai, itu biasa. ini kan Amir, the chosen one yang lain dari yang lain.. ”

Amir Amir, bukan kemenangan yang dia harapkan. Tepok dahi Jihan dengan Dato’ Awie mendengar jawapan Amir. Hakikatnya Amir dah menang di hati semua peminat seluruh tanahair. Tetap lah menjadi Amir yang humble dan jujur sampai bila-bila okey.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Ceria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti5 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rasa nak nangis pulak dengar ucapan Mama YB.. ” – Komen Netizen



