Artis / Selebriti
” Ingat berlakon, sekali betul-betul lah. Tahniah We Ismae Golok dan Lucy.. ” – Netizen

Video Majlis Pernikahan Sabri Yunus Dan Angeline Tan Raih Perhatian Warganet. Wah Betul Lah Pi Mai Pi Mai Tang Tu Jugak. Kalau Dah Jodoh, Tak Ke Mana. Sempoi Je Pengantin Baru Ni, Seronok Tengok !!
Beberapa jam yang lalu, telah berlangsungnya majlis akad nikah antara pelakon dan pengarah, Sabri Yunus dan pasangannya, Angeline Tan. Siapa sangka, pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini akhirnya ditakdirkan Allah berjodohan dan disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Menerusi Instagram Issey Fazlisham, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika majlis Sabri dan Angeline berlangsung. Sedondon mengenakan busana pengantin berwarna putih, Sabri dan Angeline kelihatan ceria dan gembira.
Menurut laporan Berita Harian, Sabri sudah lama berstatus bapa tunggal sejak isterinya men1nggal dunia sekitar tahun 2007 yang lalu. Angeline juga mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan terdahulu. Pasangan ini dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.
Pastinya peminat sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu terkejut dan teruja dengan berita pernikahan pasangan ini. Wan Ismail Golok dan Lucy akhirnya betul-betul berkahwin di alam nyata. Allah sudah aturkan yang sebaik-baiknya untuk Sabri dan Angeline.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah kalau dah jodoh tak ke mana kan.. Tahniah Pokya, tumpang rasa bahagia tgk pok ya dgn Lucy menikah. Meriah je perasaan . Bertambah umat islam.. ”
” Tahniah wan ismail golok dengan lucy sesungguhnya gurauan itu membawa jodoh erk hehe. bahaya gurau-gurau takut jadi betul.. ”
” Tahniah We Ismae golok dan lucy.. Allahuakbar syukur ya Allah.. dua2 ni sy suka berlakon… bnyak berlakon sama2.. akhirnya sah hubungannya.. sebak plk rasa.. moga kekal ke jannah.. ”
” Ingat berlakon, sekali betul-betul lah. Kalau dh c1um tu pehhh tahniahhhhhhhh.. Alahai sweetnyee. Perkenalan berdekad lamanya akhirnya dijodohkan bersama temani hari hari tua semoga berkekalan hingga ke jannah.. ”
” Mse kecik2 suka sgt tgk pi Mai pi Mai tang tu… akhirnya kuat jugak jodoh mereka ye. wan ismail golok dapat lucy hehehe.. tahniah.. moga jodoh kekal sampai ke jannah.. aamiin.. ”
” Ya Allah hari-hari pi mai pi mai tang tu lah ini macam.. kene reDramakan balik pi mai pi mai tang tu.. mmg jodoh berdua.. ”
” Hebat dan cantik perjalanan hidup yg Allah S.W.T aturkan.. betul la jodoh itu rahsia Allah.. rupanya dgn org dekat je.. slmt pengantin baru .. mesti suko sokmo sbb pokya congcodey lucu orgnya.. ”
Kalau sudah jodoh tak ke mana, siapa sangka jodoh sudah lama depan mata. Tahniah daripada kami di Berita Kopak buat Sabri Yunus dan Angeline Tan. Semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia selalu sehingga ke akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Gegar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Tak keruan Bella dekat Mekah tengok live ni. Banyak sangat YB terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Jujur aku sedih dengar apa Bella cakap. Tulus hati dia mendoakan YB.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen