Artis / Selebriti
” How time flies. Ingat lagi masa pipi dia merah-merah lagi.. ” – Netizen
Datin Seri Umie Aida Kongsi Koleksi Video Aisyah Humaira Dari Lahir Sehingga Berusia Setahun Sempena Hari Lahir Anaknya Itu Di Laman Instagram. Alahai, Comelnya Aisyah !!
Umum mengetahui bahawa Datin Seri Umie Aida mempunyai seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Aisyah Humaira. Umie mengambil Aisyah ketika dia berusia 12 hari walaupun pada awalnya beliau tidak mempunyai perancangan untuk mengambil lagi anak angkat.
Sebelum ini, Umie sudah memiliki dua orang anak angkat lelaki iaitu Mohd. Daniel Firdaus dan Mohd. Dzulhelmy, yang dipeliharanya sejak kedua-duanya masih kecil. Kini kedua anak angkatnya itu sudah meningkat dewasa dan seorang daripadanya bakal berkahwin tidak lama lagi.
Kehadiran Aisyah menceriakan rumahtangga Umie dan suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta keluarga mereka. Aisyah merupakan anugerah dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Gambar dan video Aisyah sering dikongsikan di akaun Instagram miliknya untuk tatapan peminat-peminat.

Menerusi akaun Instagram, Umie telah berkongsi beberapa video Aisyah dari kecil sehingga kini sudah berusia satu tahun. Hari ini merupakan hari lahir Aisyah dan Umie telah menitipkan doa yang baik-baik buat cahaya matanya itu di ruangan kapsyen.
( Kl1k butang KANAN -> untuk video seterusnya.. )
Rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir kepada Aisyah Humaira. Antara komen-komen mereka :
” Ya Allah… how time flies. Ingat lagi masa pipi dia merah2 lagi… semoga menjadi anak yg solehah Aisha Humaira sayang ! Mummy yan love youuuu .. “
” Happy birthday aisya comel semoga menjadi penyejuk mata ibu dan keluarga selalu. Membesar menjadi anak yg solehah.. “
” Sama birthday dgn Aunty rupanyaa kamu ni syg happy birthday… moga jd anak yg solehah, mendapat kebahagiaan dan keberkatan dunia akhirat.. “
” Sannah helwah aisya !!.. smg sentiasa dlm lindungan ilahi.. menjadi penyejuk hati ibu n ayah.. “
” Cantik dan comel. semoga jadi anak solehah dalam rahmat Allah. Aamiin.. “
” Aamiin ya rabb..jd ank yg solehah boleh doakan ibu ayh nnt.. sannah helwah bby gurl yg comel.. “
” Aaminn ya Allah… happy birthday Aisha Humaira! “

Cepat sungguh masa berlalu. Tanpa sedar Aisyah sudah berusia setahun. Rasanya macam masih baru lagi Datin Umie Aida mengambil Aisyah sebagai anak angkat. Kami di Berita Kopak mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Aisyah. Semoga menjadi anak yang solehah dan membahagiakan kedua ibu bapa. Aminnn..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Umie Aida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen

