Artis / Selebriti
” Hilang kata-kata masa dengar doa Tok tu. Sebaknya time Kak Pila pandang Tok Red.. ” – Komen Netizen
Video Sharifah Nor Shafila (Datin Red) menangis ketika mendengar doa khas yang dibaca oleh bekas suaminya, Dato’ Red untuknya buat ramai tersentuh. Tulusnya doa Tok Red untuk Kak Pila. Sebak sangat tengok Kak Pila menangis..
Tiada sesiapa yang berkahwin inginkan perceraian dan tidak semua jalan hidup bahagia sebagaimana yang diharapkan. Itu lah yang terjadi dalam hidup Dato’ Red dan mantan isteri keduanya, Sharifah Nor Shafila atau dikenali sebagai Datin Red atau Kak Pila. Rumahtangga yang berbelas tahun dibina akhirnya kecundang jua.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Dato’ Red, telah dikongsikan satu video terbaru Dato’ Red dan Kak Pila menjual sambal hasil air tangan Kak Pila bersama di Tiktok. Menerusi sesi live tersebut, mereka berjaya menjual sebanyak 4100 peket sambal.
Sebelum mengakhiri live itu, Dato’ Red dan Kak Pila mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi membeli dan menyokong produk tersebut. Dato’ Red secara spontan membacakan satu doa yang ditujukan khas untuk Kak Pila.

Dalam doanya itu, Dato’ Red dengan rendah diri mengakui dirinya banyak kekhilafan sepanjang menjadi suami Kak Pila. Dato’ Red juga memohon kepada Allah Taala supaya mantan isterinya ini diberikan kebahagiaan bersama bakal suaminya nanti.
Jom tonton video di bawah :
@dato..red Allhamdullilah rezeki kak pah dan anak2…sya cuma asbab nya tolong jualkn sambal yg kak pah masak..korang membeli tq sgt2 hanya Allah yg balas doa kami mlm tdi tuk tuan puan..dan kepada @Syarifah Nor Shafila selamat kembali mnjadi istri org..swmoger bahgia hendaknya..amin #sambalkakpah #soldout4100pcs #masehlagitakbolehtebuskesilapansaya
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Terbaik tok.. jangan ulangi kesilapan lama yer… terus jadi ayah yang baik untuk anak-anak.. semua ini pengalaman hidup yang akan terus mematangkan.. “
” Sebaknya time kak pila pandang tokred.. moga dua-duanya dapat bahagia dengan cara sendiri.. “
” Hilang kata2 masa dengar doa tok tgh doa pd mlm nisfu sya’ban.. moga diangkat segala doa dan yg baik2 je lps ni buat tok n kak pila.. “
” Saya faham apa yg pila rasa. bkn diminta2 utk keluar air mata. tapi air mata itu gugur sendiri. bkn sehari dua hidup bersama. kenangan lalu ckup menyakitkan. Sekelumit sayang tetap masih ada.. “
” Tangisan kakpa.. Sedih turut menangis kami.. Turut terasa ape yg kakpa lalui.. Kami faham walaupun kami tidak berada di tempat kakpa.. Walaupun dia jumpe kebhgian baru da, kenangan lama masih terkesan pada kakpa.. Kakpa layak dpt kebahagiaam atas pgorbanan dia.. Aamiin.. “
” Kenapa aku juga turut nangis.. hati masing ambik berat tapi xde jodoh… sbb pia ni hatinya baik.. berlapang dada.. bkn mudah yea.. tp xpe.. semoga Allah permudahkan urusan kalian dan murah rezeki dalam bulan sya’ban.. “
” Kesian tengok dato.. nangis akak… payah nak cari bekas suami/isteri yg dah bercerai tp berbaik mcm ni… Ya Allah, dato red… baiknyalah awak.. “
” Sy yg nagis ni kenapa.. kita manusia xlari dri buat kesilapan.. tok rendah diri mengaku salah.. apa2 pon semoga Tok red kuat dlm hadapi pelbagai dugaan dan cabaran.. “
Hati warganet tersentuh mendengarkan doa yang Dato’ Red tujukan untuk Kak Pila. Kenangan lama pastinya masih ada dalam hati namun tidak jodoh antara mereka. Semoga Kak Pila berbahagia bersama insan pilihan hatinya dan Dato’ Red juga akan menemui bahagia yang dicari.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Abg Red
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen

