Connect with us

Artis / Selebriti

” Hebat didikan Aidid Marcello dan Norzie, maka lahirlah pejuang Al-Quran.. ” – Komen Netizen

Video anak lelaki Aidit Marcello, Muhammad Iman menerima anugerah Al-Hafiz atas kejayaannya menghafaz 30 juzuk dalam Al-Quran dalam masa 11 bulan 20 hari. Ucapan Aidid untuk anakanda Iman menyentuh hati ramai, alahai sebaknya..

Nama Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chik bukan asing dalam dunia penyiaran. Bekas selebriti TV ini bahagia dengan kehidupan mereka kini bersama anak-anak. Aidid dan Norzie mempunyai cara mereka tersendiri untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Akademi Akmal, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aidid dan Norzie mengiringi anak lelaki mereka, Muhammad Iman menerima sijil atas kejayaannya berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran hanya dalam masa 11 bulan 20 hari.

Kejayaan ini melayakkan Iman untuk mendapat gelar Al-Hafiz. Aidid memberikan ucapannya untuk Iman dan ucapannya ini menyentuh hati warganet. Sebagai ibu bapa, pastinya rasa bangga dan terharu melihat kejayaan Iman. Harapan Aidid agar Iman tetap teguh hatinya dan terus mengulang dan mengingati ayat-ayat suci Al-quran.

Detik-detik indah Aidid dan Norzie sepanjang majlis ini bersama Iman juga dipaparkan dalam video ini. Impian ramai ibu bapa muslim untuk ada anak yang hafiz kerana itu salah satu ladang pahala untuk ke syurga. Cerah sungguh hati Iman dapat mengingati Al-Quran tidak sampai setahun.

Jom tonton video di bawah :

@akademiakmal

Tahniah Muhammad Iman Al-Hafiz, putera Aidid Marcello, atas kejayaan khatam 30 juzuk Al-Quran dalam masa 11 bulan 20 hari. Buat para huffaz, ingatlah bahawa setiap huruf yang kalian hafal adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh istiqamah. Teruskan usaha, kerana setiap pengorbanan di jalan ini akan dibalas dengan kemuliaan di sisi Allah. #akmalspeedtahfizprogramme #akademiakmal #hafizsetahun #tahfizmalaysia #hafizahquran #motivasi #tahfizquran #quran #imanaididmarcello #fyp #haflahtakrimi

♬ original sound – Akademi Al-Quran AKMAL – Akademi Al-Quran AKMAL

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 45 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Alhamdulillah.. Syukur.. hebat Aidid Marcello dan Norzie.. maka lahirlah pejuang Al Quran… tahniah anakanda, ayahanda dan bondanya.. “

” Hebat didikan seorg ayah.. Aidil Marcel dan seorg ibu.. Norzie pakwan cik.. alhmdulillah.. hebat doa mereka berdua ni. anak boleh hfal 30 juzuk dlm ms 11 bulan.. “

” Tahniah pada ayah dan bonda nye kerana telah berjaya mendidik anak nye untuk menjadi Hafiz alquran.. “

” MasyaAllah.. 11 bulan je.. anak sy amik ms 5thn utk hafazan 30 juzuk.. apa2 pon saya tetap syukur anak sy berjaya dgn penuh perit getir.. “

” Kejap je anak ini dpt hafaz 30 juzuk.. Sy nk hafal Al Mulk pun masih belum mampu.. tak tau kenapa menitik air mata… tahniah anak, engkau membanggakan kedua ibubapamu.. “

” Air mata tanpa sedar mngalir deras. Alhamdulillah dan tahniah buat anakanda Aidid Marcelo n Norzie pak wan chik..hebat didikan keduanya… kita pulak yg sebak.. “

” Tahniah adik, Aidid, Isteri, Keluarga dan Akademi amnya. terbaik. semoga terus Istikomah dalam amalan. Banggakan Nabi Muhammad rasul kesayangan kita.. “

Alhamdulillah segala pengorbanan dan penat jerih anakanda Aidit dan seluruh keluarga terbalas dengan kejayaan Iman ini. Semoga Iman terus istiqamah dalam jihadnya ini dan menjadi khalifah Allah yang berjaya tidak hanya di dunia tetapi juga di akhirat nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok AkademiAkmal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT