Artis / Selebriti
” Hebat, dia boleh twist lagu version dia. Tak tiru mana-mana version asal.. ” – Komen Netizen
Video Amad Dayyan menyanyikan lagu Bintang nyanyian asal Budak Kacamata raih pujian ramai. Wah, sedapnya suara Amad menyanyi lagu ni. Terus jadi macam lagu sendiri je, padu lah Amad..
Baru-baru ini, Amad telah menyanyikan lagu berjudul Bintang dengan versinya sendiri dalam satu persembahan. Lagu tersebut merupakan lagu asal kumpulan Budak Kacamata, namun telah diolah oleh Amad dan menjadikan lagu tersebut cukup sedap.
Biarpun masih muda, kawalan suara dan lenggok yang dibawa Amad membuatkan pendengar memuji kemersuan suaranya. Bak kata netizen suara Amad seperti suara ‘telan kaset’ dan nyanyiannya cukup meremangkan bulu roma. Sedap sangat.
Menariknya, Amad tidak meniru gaya nanyian asal Budak Kacamata. Dia tampil dengan identiti sendiri yang membuatkan lagu itu kedengaran berbeza. Nyanyian Amad penuh perasaan. Ternyata Amad mempunyai ‘x-factor’ yang tersendiri.

Menerusi satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video Amad ketika mempersembahkan lagu tersebut cukup memukau ramai orang. Tidak mustahil Amad bakal mengegarkan industri muzik tanah air seperti mana ibu saudaranya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Jom tonton video di bawah :
@ayenjfr Bintang 🌟🌟🌟 @⚗️AMAD⚗️ sesungguhnya…. mlm ni smua lagu yg dia nyanyi Live.. mmg dlm my very own wishlist..🫡🫡 #wonderfest #amad #amaddayyan #bintang
Rata-rata netizen memuji nyanyian Amad yang tidak meniru versi lagu asal. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Dekat sabah banyak suara mcm ni knapa tak di alu alukan ye? Mula2 suara tu rendah sikit, pastu Baru naikkan suara.. “
” Bapaklaa hebat dia boleh twist lagu version dia tak tiru mna2 suara asal mmg berbakat.. kelebihan dia, mengamadkan lagu.. “
” Mcm biasa dia suka buat rentak dia sndri haha tapi still sedapp.. Sedapnya amad nyanyi…. Dia ubah lagu tu yg sedap… 10 kali ulang benda sama.. “
” Suara sedap, kreatif mengamadkan lagu, nyanyian ada nyawa, hensem, baik, sopan, pakej lengkap.. tambah lagi satu, hebat dalam sukan juga.. “
” Tak expect pun dia boleh jd penyanyi sbb awal dulu tgk video dia dgn Umai nyanyi sambil duduk just for fun.. know2 dah sejalan dengan Umai.. “
” Memang terror la dia mengamadkan lagu..semua lagu jadi Amad punya.. Klo aku nyanyi ikut key cmni mmg semput.. “
” Amad ni pndai melenggokkan suare, so..sedap didengar, merdu je.. lagu rock trus jdi merdu kalau amad nyanyi.. Love betul lah suara amad ni.. “
Dengan bakat semula jadi dan keyakinan yang semakin meningkat, Amad terus membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk menghasilkan nyanyian yang berkualiti. Lagu Bintang memang sudah cukup indah, tapi versi Amad, lain macam rasa dia.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok xyz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti6 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen

