Connect with us

Artis / Selebriti

” Hari tu dengan itik, hari ni dengan pintu pulak. Macam-macam ragam Amir.. ” – Netizen

Video Throwback Amir The Chosen One Yang Sedang Asyik Bermain Dengan Pintu Automatik Buat Warganet Terhibur. Alahai Amir, Bahagia Dengan Cara Amir. Kita Tengok Pun Tersenyum Sama, Mesti Ramai Yang Rindu Nak Tengok Gelagat Amir Lepas Ni !!

Walaupun sudah beberapa hari berlalu sejak Amir dinobatkan sebagai juara The Chosen One, namun masih banyak lagi kisah Amir yang lalu lalang di media sosial. Seakan tidak boleh move on dengan aura Amir, warganet ternanti-nanti video baru Amir.

Meninjau akaun Tiktok Amir Sisi Unuk Official, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan telatah Amir yang sedang asyik bermain dengan pintu automatik. Amir sekarang berumur 12 tahun, suka bermain seperti kanak-kanak lain juga.

Klik gambar untuk info..

Hanya dengan pintu automatik sahaja sudah membuatkan Amir gembira bermain. Tidak perlu gajet yang canggih, Amir ada caranya sendiri untuk menghiburkan hatinya sendiri. Bukan main seronok lagi Amir, seperti berlakon menjadi superhero pun ada.

Salah seorang kru yang ada di situ juga kelihatan sayang sangat dengan Amir. Amir sememangnya menjadi kesayangan semua orang, apatah lagi yang rapat dan selalu ada bersamanya. Melihat gelagat dan senyuman Amir sahaja boleh membuatkan kita sejuk hati.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@amir.sisiunukoffi

Sekecil nikmat kau akan rasa besar andai kau bersyukur,Unuk tetap seronok dgn pintu ni,dia masih kanak2 yg sama#termojproduction #diaridaripedalaman #evolusibintangbaharu #berandatiktok #fypシ #amirthechosenone #amirsisi

♬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Hari tu dgn itik hrini dgn pintu plk.. amir2 ape2 pn awak fenomeno mir.. smua syg amir. alahai la amir kerana pintu automatic pun boleh buat kami yg tgk TT ni terhibur.. ”

” Baru betul anak lelaki, jenuh kepung hahah.. macam2 ragam unuk.. yg pastinye acik terhibur.. pintu boleh juga buat mainan si Amir ni.. main dengan pintu Pon dah happy.. ”

” Biasa la Amir dlm dunia penerokaan semua yg baru akan diterokanya.. latar belakang hidup keluarga dia pon buat kita rse suka xpercaya pon ade… dah jd juara.. ”

” Seronok saya tgk amir hehe.. yelah… namanya pun masih keanak-anakkan ye tak. saya pun ikut seronok.. seronok dia main pintu.. ”

” Main la amir oo. yg penting Amir happy. jangan stress. semua orang sayang amir. siap dukung-dukung lagi. bertuah amir.. AmirAwesome… Suka benar dia….bahagia cara dia. Kami sayang Unuk.. ”

” Banyakkan video mcm ni. Silap silap kalau dia dh jadi betul betul star, dh boleh buat movie mcm movie justin bieber tu. Gelagat dia dgn krew pun best.. ”

” Dia budk pndai.. mudah hafal lagu ikut tempo.. tapi jiwa tetap knk2 lagi. Mcm2 ragam.. hihi.. amir dah jadi super Amir lah.. ”

” Hahahahah dia buat macam avatar airbender plakkk.. comel je Amir buat macam tu.. suka dengar Amir gelak.. ”

Klik gambar untuk info..

Amir tetap Amir, dah glamour pun begitu lah perangainya. Lalui lah dunia kanak-kanak sepuas-puasnya Amir, kerana itu akan menjadi kenangan apabila dewasa nanti. Teruskan berkongsi perihal Amir untuk mengubat kerinduan peminat okey.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Amir Sisi Unuk Official 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT