Artis / Selebriti
” Happy birthday legend Faizal Hussein. Awat semua makin muda. Makin lawa sangat ni aihh.. ” – Komen Netizen

Gambar Suhaila Sulaiman Bersama Anak-Anak Meraikan Hari Lahir Faizal Hussein Raih Perhatian Warganet. Alahai Umur Dah 57 Tahun Tapi Tuan Badan Maintain Muda. Anak-Anak Faizal Pun Cantik Dan Handsome !!
Siapa yang tidak mengenali figura hebat bernama Faizal Hussein. Watak Roy yang dibawakan oleh Faizal sekitar tahun 80-an dahulu masih kuat auranya dan diingati ramai pencinta filem tanah air. Faizal hidup bahagia bersama isterinya, Suhaila Sulaiman dan 2 orang anak mereka iaitu Fazryn dan Fazrick.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Suhaila Sulaiman, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Suhaila bersama Fazryn dan Fazrick meraikan ulangtahun kelahiran Faizal. Tanggal 31 Mei adalah hari istimewa buat Faizal dan tahun ini genaplah usianya yang ke 57 tahun.
Tidak perlu majlis yang gah di hotel bertaraf 5 bintang, mereka meraikannya dengan sederhana dan cara mereka tersendiri. Sememangnya ini adalah amalan keluarga Faizal meraikan hari lahir setiap ahli dalam keluarga dengan simple tetapi tetap meninggalkan memori indah di hati masing-masing.
Fazryn semakin meningkat remaja semakin cantik wajahnya. Begitu juga dengan Fazrick yang kelihatan tampan, tak ubah seperti papanya itu. Warganet senang melihat kebahagiaan Faizal itu dan ramai yang memuji wajah mereka sekeluarga yang sedap dipandang mata.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Suhaila ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happy birthday yidola kebanggaan masyarakat tempatan, ulu dan hilir sungai.. Semoga diberkati selalu.. ”
” Happy Birthday ma man. May Allah fill every steps of your life with blessings and happiness.. all dream fulfill.. ”
” Happy birthday legend Faizal Hussein.. didoakan yang baik-baik untuk abang sekeluarga.. dan success selalu.. ”
” Happy birthday to suami mu Ila.. Awat semua makin muda makin lawa sangat ni aihh.. anak-anak pun dah macam dengan adik-adik je.. ”
” Happy besday abg azroy.. semoga sihat selalu, dimurahkan rezeki, bahagia di samping keluarga tersayang.. Besar nanti segak-segak anak abang Faizal ni.. ”
” Happy birthday hero Malaya bro Faizal Hussein. Pelakon favourite aka idola dari kecil. Kenapa tak tua-tua eh.. handsome dan cantiklah.. ”
” happy bday azroy roy roy hatimu keras.. semoga sihat dan bhgia di samping family.. jagala amanah yg Allah bg.. hidup roy.. ”
Tak banyak berubah dan masih maintain muda Faizal. Suhaila juga sama, masih kelihatan sama seperti dahulu. Yang berbeza cuma anak-anak yang semakin besar dan kedua-duanya cantik dan handsome. Bak komen warganet, memang satu keluarga good looking. Apa-apa pun, selamat hari lahir Faizal dan semoga ceria-ceria selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Suhaila Sulaiman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen