Artis / Selebriti
” Hampa duk kalut pasal gigi aku pasaipa.. ” – Usop Mentor
Video Respon Usop Mentor Apabila Ramai Yang Menyaran Usop Membetulkan Giginya Yang Dikatakan ‘ Berjongket’. Win Betul Ayat Last Usop Bagi Tu. Sampai Ketawa Wartawan Yang Tanya Tu, Haha !!
Sebut sahaja nama Usop Mentor pasti ramai yang mengenalinya. Berasal dari Kedah, anak didik Hazama ini merupakan penyanyi yang bakatnya dicungkil dari program Mentor Milenia pada tahun 2017. Usop pernah muncul dengan single Matahari, Nama Terindah dan Aku Yang Bersalah dan Selamanya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Hlive telah dikongsikan satu video temubual bersama Usop. Menerusi video tersebut, seorang wartawan telah bertanya kepada Usop mengenai ramai yang telah menyarankan Usop untuk membetulkan giginya yang dikatakan ‘berjongket’ .
Kelihatan Usop tidak melenting dengan pertanyaan itu. Kata Usop, baginya hal gigi langsung tiada masalah dan akui Usop, dia sendiri tidak mahu membuat apa-apa pun terhadap giginya meskipun sudah ramai yang mahu menaja untuk kos rawatan membuat gigi.

Kata Usop lagi, dia juga sudah biasa dengan soalan seperti itu kerana ramai yang bertanya ketika Usop membuat video live. Perkongsian video wawancara bersama Usop ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata menyokong apa yang dikatakan oleh Usop. Antara komen-komen warganet adalah :
” Bgus Usop ni.. Tak mengubah citaan yg ESA.. Moga Usop brjya dlm bidang seni dgn cmrlang dn mga kekal bahgia brsama klga trsyg.. Comey ank hang Sop.. “
” Hensem juga, gigi terjongket hahahah tak baik kata tu, gigi tu satu rezeki tau , orang kenal gigi je , jadikan kekurangan sebagai kelebihan.. “
” Ok je gigi dia. Tak teruk pun. Yg penting bersih. Baguslah.. Confident dgn diri sendiri. Tak perlu insecure tak tentu hala. All the best.. “
” Allah dh kurniakan mcm tu.. Ape yg Allah cipta semua cntik.. Yg tak cntik tuu perangai manusia yg suka cr slh org.. “
” Gigi laki aku pun mcm usop, tp takde masalah, tak musnahkan rumah tangga pun, yg penting perangai helok, rajin, pentingkan keluarga, tak menyakitkan hati bini.. “
” Untuk yang single handsome and lawa tu deep tak “aku dah kawen hampa dah kwen dak?” Hahaha tong ah Cop dapat bini lawa.. “
” Betul tu Usop, abaikan ja mulut org. Terbaik.. Kenapa la sebok sagat pasal gigi.. Macam mana pun dia dah kawin isteri dia cantik lagi.. “
Ayat last tu memang padu, bak kata Usop walaupun gigi dia seperti itu dia sudah berkahwin dan bahagia dengan kehidupannya sekarang. Apa-apa pun terbaik lah Usop tetap dengan pendirian. Semoga Usop terus maju jaya dalam bidang seni suara dan segalanya dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG officialhlive, usopofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

