Artis / Selebriti
” Geramnya tengok, aunty confuse ni mana satu pipi, mana satu dagu.. ” – Netizen
Gambar Terbaru Anak Harris Annuar, Aura Medina Yang Semakin Montel Buat Ramai Yang Geram. Alahai Part Double Chin Dan Pipi Pau Tu Memang Tak Keruan Tengok. Yang Gambar Passport Tu Pun Comel Lah Aura !!
Umum mengetahui beberapa bulan lalu, pasangan selebriti, Harris Annuar dan isterinya, Asha Merican selamat menimang cahaya mata pertama mereka iaitu seorang bayi perempuan. Pasangan ini telah memilih nama Aura Medina buat puteri sulung mereka.
Harris dan Asha turut mengwujudkan satu akaun Instagram rasmi untuk Aura dan berkongsi perkembangan si kecil ini buat peminat-peminat mereka yang kini telah mempunyai lebih 28 ribu followers. Terbaru, meninjau di akaun Instagram tersebut, Harris telah berkongsi dua gambar terbaru Aura.
Menerusi gambar pertama, Aura sedang duduk di dalam carseat. Kelihatan Aura begitu comel memakai topi dan matanya tepat memandang kamera. Manakala menerusi gambar kedua pula adalah gambar Aura ketika membuat passport dan wajahnya agak ‘serius’.

Perkongsian kedua gambar itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan bahawa Aura semakin bambam dan wajahnya saling tidak tumpah seperti Harris. Sehingga kini, gambar terbaru Aura telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa geram melihat gambar baru Aura dan memuji kecomelannya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ger4mnya tengok, aunty confuse ni mana satu pipi mana satu dagu.. Kita yang tengok Aura ni pun terus rasa lapar kuih pau tau.. “
” Hye Medina.. Aunty nk buat menantu lahhhh.. Anak aunty tak kurang comelnya tau.. Saing2 awak je pau die. Sama2 pau kan ok, haha.. “
” Astagaaa geramnyaa tengok budak montel ni.. Dah hilang yer leher awak Aura, hehehehee nampak dagu je lebih sekarang ni, hahahahaa.. “
” Comelnyee double chin tuu.. Ya allah susu apa ko minum gebu sgt ni Aura oiii.. Ni dah bukan pau, ni namanya buger double cheese.. “
” Apeee comel sangat ni.. Ish2 putih gebu kulit, montel2 pula, mesti sedap kalau dapat peluk tengah tidur ger4mnya Ya Allah.. “
” Dalam buat muka serius penat menunggu pun comel sangat.. Sekali pandang iras Harris betul Aura ni.. Memang anak daddy betul.. “
” Laaaaaaa ger4mnyaaaaa.. Serious sgt tu syg.. Tp omeiii lahh.. Muka copy Harris lah, hehehe.. Semoga Aura sihat2 selalu ye sayang.. “
Makin bambam lah Aura ni, patut lah ramai yang geram melihatnya, memang comel sangat-sangat. Sekejap saja rasa Aura membesar. Pejam celik, pejam celik sudah pun berusia 5 bulan. Semoga Aura terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG auraa.medina
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen

