Connect with us

Artis / Selebriti

” Geramnya, dia hafal betul skrip. Cerdik Cik Lopa kita oii.. ” – Netizen

Video Anak Muabellaz, Aisywara Naelofa Membuat Trend Kami Orang Kedah Buat Ramai Geram. Alahai Pandai Wara Cakap Loghat Kedah, Siap Dengan Mimik Muka. Comel Sangat Amoi Kecil Ni !!

Sejak lahir lagi anak keempat jurusolek terkenal Muabellaz iaitu Aisywara Naelofa sudah pun menjadi perhatian ramai. Lahir dengan bibir yang merah bak delima serta kulit putih kemerah-merahan, Wara kini sudah pun setahun usianya.

Banyak video Wara yang dimuatnaik oleh Muabellaz di media sosial. Muabellaz pun rajin mendandan Wara dan membuat photoshoot anaknya ini dengan pelbagai gaya. Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Muabellaz_kids, telah dikongsikan satu video terbaru Wara.

Klik gambar untuk info..

Wara yang memakai baju ceongsam berwarna merah membuat video ‘ Kami Orang Kedah ‘. Pada usianya ini, Wara sudah boleh bercakap beberapa patah perkataan dan dalam proses untuk bertutur dengan petah dan lancar. Wara juga memahami semua yang diperkatakan oleh orang di sekelilingnya.

Menerusi video ini, Wara menyebut ‘ kami orang Kedah tak panggil langsir, kami panggil tirai. Kami orang Kedah tak panggil kotoq, kami panggil berlemoih ‘. Memandangkan sebutan Wara masih lagi pelat, Muabellaz membuat sarikata di bawahnya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun mencatatkan lebih 83 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Masyaallah wara makan apa ni bijak sgtni. Byk kali ulang . Comel sangat dia nie.. aq play banyak kali biar wara kena cakap kedah banyak sikit.. ”

” Masyallah.. Omeynya wara uuiii… cerdik sungguh la dia.. Aduhaiii byk kali ulang tgk waraaaa.. sooo cute.. ”

” Geramnyaaaa, nak kena kuteyyy ka wara.. Kami oghang Kedah tak panggey g1g1t, kami panggey tokak. Hahahahaha mai sini Wara kami nak tokak hanggg.. ”

” Waraaaaaaa awad eh cerdik sangat ni.. terhibur tgk wara.. Eeeeeeeee gomoiiiiii satgi kotttt geram laaaa cerdik sangat niiii Wara sayang ni.. ”

” Segak laaa cik waraaa ni tak belemoih langsong.. Dia hafal betul skrip cik lopa kita oii.. seketui wara yang comel dan bijak.. Dia hafal betul skrip cik lopa kita oii.. ”

” Comeynyaa hang adik… mcm nk tokakk.. bijaknya lah wara ni, petah sungguh mulut dia.. ”

” Banyak kali ulang oiii.. cepatnya hang membesar wara oii.. Pandai ehh cakap utara wara ni.. geramnya dengan budak ni.. ”

Klik gambar untuk info..

Alahai amoi kecil ni, memang buat semua orang geram melihatnya. Alahai comel sangat lah Wara ni. Ekspresi muka tu yang tak tahan. Apa-apa pun, semoga Aisywara Naelofa membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak solehah untuk kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Muabellaz_kids, Tiktok Muabellaz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT