Connect with us

Artis / Selebriti

” Gebu betul Rhea Akira ni, sebijik muka Ubai. Dagu tu mahal, comel sangat.. ” – Komen Netizen

Shila Amzah Muatnaik Gambar Wajah Penuh Anak Keduanya, Rhea Akira Buat Kali Pertama Raih Perhatian Warganet. Alahai Semangat Betul Rhea Ni, Pipi Tu Pau Sungguh. Tengok Dagu Dah Tahu Anak Shila Amzah, Comel Sangat !!

Diam tak diam, telah sebulan berlalu sejak Shila Hamzah selamat melahirkan cahayamata perempuannya. Rhea Akira nama yang diberikan kepada puteri kesayangan Shila, Ubaidillah dan Seth Uwais. Hari ini, 9 Jun genap lah sebulan usia Rhea.

Menerusi perkongsian terbaru Shila di akaun Instagramnya, beberapa keping gambar Rhea telah pun dimuatnaik. Sempena usia Rhea sebulan, Shila memperkenalkan wajah penuh Rhea kepada semua. Kus semangat sungguh tubuh Rhea dan dapat dilihat perbezaan ketika Rhea baru dilahirkan dengan keadaannya sekarang.

Kata Shila, ketika lahir Rhea hanya 2.84 kg dan sekarang pada usia sebulan sudah menaik beratnya kepada hampir 4 kg. Gambar wajah comel Rhea ini sememangnya dinanti-nantikan oleh para peminat Shila khususnya. Sekilas pandang, wajah Rhea banyak menyerupai muka Ubai.

Shila juga mengakui Rhea seperti wajah Ubai, cuma bahagian dagu sahaja yang mengikut Shila. Dengan mulut mungil dan dagu sejemputnya itu, Rhea membesar dengan sihat sekali. Comel sangat adik kepada Seth ini dan kecomelannya itu membuatkan warganet geram melihatnya.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian oleh Shila ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Alololo cayang cayang bucuk, comey la hai.. photostat papa dia. sowi mama cuba lagi thn depan.. ”

” Eee pandai senyum.. Betul sangat sebijik ubai.. dagu je g mne2 tahu dah anak shila hamzah . dagu tu mahaiiii.. ”

” Pinjam daguuuuu plishhhhhh. Moga menjadi anak solehah dan berbakti kepada keluarga dan agama. Aamiin.. ”

” Sayang Rhea.. comelnya awak ni.. potostat ubai sebijik. pipi chubby tu geramnya tengok.. pau betul pipi tu.. ”

” Masya Allah Cutenya Rhea.. Senyum dia mahal eh, comel. Bibir munggil tu geram je tengok.. bambam mesti lenguh mama nak meriba hehe.. ”

” Gebu betul Rhea Akira ni.. cantiknya princess Rhea. Muka mix Papa Mama, dagu tu photostat Mama punya.. ”

” Assamualaikum Rhea. MasyaAllah cantiknya dia gebu. Anak solehah semoga besar dgn baik.. gerammnye auntie tgh awak.. SubhanAllah.. ”

Gebu sangat Rhea, baru sebulan sudah ‘berketul-ketul’ pipi dan badannya itu. Kombinasi muka papa dengan dagu mama, gabungan yang sempurna anugerah Allah buat Shila dan Ubai. Semoga Rhea Akira membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..

Sumber :  IG Shila Amzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT