Artis / Selebriti
” Fuh ternganga dan terkesima tengok, mantap betul.. ” – Komen Netizen
Video persembahan duet Iskandar Ismail dan Jaclyn Victor di pentas final Gegar Vaganza 12 membawakan lagu Senja Nan Merah raih pujian warganet. Fuh power sungguh suara, duet paling meletop. Meremang bulu roma, padu sangat..
Gegar Vaganza 12 telah pun melabuhkan tirainya semalam. 6 orang peserta bertarung di peringkat akhir di konsert final pada malam tadi dan mempamerkan persembahan yang memukau penonton baik di auditorium mahu pun di rumah. Salah seorang peserta yang dinanti-nantikan adalah Iskandar Ismail.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan duet antara Iskandar dan penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor. Tugasan lagu Senja Nan Merah dendangan asal Dato’ Awie dan Ziana Zain dibawakan dengan cukup baik oleh Iskandar dan Jaclyn.
Dari awal nyanyian lagi, penonton di auditorium sudah menyanyi bersama-sama Iskandar. Kawalan suara Iskandar dan high note di pentas final di luar jangkaan semua. Iskandar membuatkan penonton terbuai dengan nyanyiannya bersama Jaclyn itu.

Sebagai rakan duet, Jaclyn juga memberikan yang terbaik untuk membantu persembahan Iskandar. Ramai yang memuji duet Iskandar dan Jaclyn yang terbaik sepanjang GV berlangsung. Iskandar pandai memilih lagu dan rezeki berduet bersama Jaclyn menyerlahkan lagi kehebatan vokalnya semalam.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ni bukan final GV, ni dah macam konsert aura yang hebat.. Having goosebumps listening both of them sing. Absolute powerhouse both of them. Congrats Eiss.. Truly deserve it.. “
” Duo paling mantap, memang terbaik nyanyian Iskandar dan Jac.. meremang dengar. Fuh ternganga terkesima sekejap tengok, mantap betul.. “
” Top notch, amazing and powerful.. super amazing voice, superb duet.. memang kena sangat sangat. dua dua vokal powerhouse.. kembang bulu roma.. “
” Tgk dia nyanyi madah berhelah pn dh meremang, yg ini double meremang ehhh.. The best duo selepas Awie dn Ziana Zain.. best vokal dan performance dari Iskandar.. “
” First time .. semua komen yg sama tentang Eiss.. aura hebat.. duet paling terbaik.. tak menghampakan langsung, macam konsert dah.. “
” Perfect jadi lagu ni nyanyian mereka berdua.. goosebumps, best duet and performance.. dua dua mantap dan saling memberi. mana tak bagus, part last dah high note terus turun.. the sustainable bravo.. “
” Absolutely amazing Superpower house voice.Duet yg mantap.Alhamdulillah Juaraaaa… Slayyyyy.. meremang guys bulu roma.. “
Satu persembahan duet yang terbaik sepanjang GV berlangsung sehinggakan juri sendiri tiada sebarang komen untuk persembahan ini. Paduan suara Iskandar dan Jaclyn memang gempak dan sama hebat. Tahniah Iskandar atas kemenangan sebagai juara dan semoga terus maju jaya dalam karier selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz, IG Mediahiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam tu je dia puji orang lain depan mak dia. Memang terlebih jujur Rina ni.. ” – Komen Netizen

