Artis / Selebriti
” First time dengar cerita yang lebih detail pasal ni. Lencun air mata aku, sedihnya.. ” – Komen Netizen
Video Cik B buat pertama kalinya bercerita kronologi kejadian ketika kebakaran yang meragut nyawa 2 orang abangnya berbelas tahun yang lalu buat ramai sebak. Ini sebenarnya yang terjadi. Sebak dengar cerita Cik B..
Tanggal 3 ogos 2013 menjadi tarikh duka buat DS Vida apabila 2 orang anaknya, Muhammad Eddie Zuhrie dan Muhammad Edrie Zikrie terkorban dalam satu insiden kebakaran. Anak sulung dan anak keduanya ini pergi buat selama-lamanya dan ianya suatu tamparan yang besar bukan sahaja untuk DS Vida tetapi juga untuk anak perempuannya, Cik B.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sembangseram, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Cik B tampil dalam podcast Sembang Seram bersama hostnya, Safwan Nazri. Banyak cerita yang dikongsikan oleh Cik B dan salah satunya adalah mengenai peristiwa yang meragut nyawa 2 orang abangnya itu.
Ini merupakan kali pertama Cik B berkongsi cerita secara detail kronologi yang terjadi pada malam kejadian. Kebakaran itu terjadi di rumah pekerja bujang di mana ianya bersebelahan dengan rumah kediaman DS Vida sekeluarga. 10 orang pekerja yang berada di dalam rumah ketika peristiwa itu terjadi.

Walaupun pekerja cuba untuk menyelamatkan kedua-dua anak DS Vida ini, namun sudah tertulis Eddie dan Edrie berakhir hidup mereka di situ. Cik B juga berkongsi cerita yang DS Vida ada mendapat petanda beberapa minggu sebelum kebakaran itu terjadi dan ianya ketika DS Vida berada di tanah suci Mekah.
Jom tonton video di bawah :
@sembangseram sedihnya dengar kisah ni, Alfatihah buat abang2 CikB #Sembangseram #CikB #Ceritaseram #Kisahseram #Kisahhantu #Ceritahantu #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 34 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Arwah abang cik b ketika kejadian diorg meninggal dgn pakaian raya diorg.. kes nie kecoh dulu… masuk berita time tu. tak ingat tahun berapa sbb time tu kecil lg.. “
” Kesiannya Cik B.. Cik B tak pernah menangis ke eh.. Aku pulak yang nangis dengar kisah arwah abang-abang cik b ni.. “
” Sedihnya, aku pulak yang mata masuk habuk. pernah dgr dato vida share cerita ni.. sedihnya Allah bagi petanda.. “
” First time dgr cerita yg lebih detail pasal ni… Dulu sy igt anak2 lelaki DSV meninggal dunia kebakaran di Madrasah.. Rupanya di rumah staff DSV. Alfatihah.. “
” CikB cerita, saya yang mendengar berlinang air mata.. semoga CikB dan Keluarga DSV terus kuat amin. al.fatihah buat arwah abg2 cik b.. “
” Cerita ni paling sedih.. Sian Dato Vida waktu tu… tapi Dato manusia hebat yg redha.. hebat Dato Vida ni.. sumpahh aku sedih, arghhhh.. nak nak lagi bab abg suap mkn, perghhh tkleh bayang aku. lencun airmata.. “
” Dah tertuliss daun nya gugur pd waktu tu.. hampir2 terjun tapi masuk balik.. Allahuakbar.. anak2 masih kecil tapi pandai cari lailatuqadar.. “
Lailatulqadar yang dicari tetapi Allah lebih menyayangi abang-abang Cik B. Tak terbayang kesedihan DS Vida dan Cik B, semuanya tinggal kenangan dan memori pahit untuk mereka. Apa-apa pun, pastinya abang-abang Cik B berbahagia di sana dan berlari di taman syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sembangseram, ig DSV
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hilang kata-kata masa dengar doa Tok tu. Sebaknya time Kak Pila pandang Tok Red.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E

