Artis / Selebriti
” Fatima, jangan bersedih meski tadi Daddy memeluk dirimu sejenak saja, karena.. ” – Fattah Amin
Setelah lama tidak berjumpa dengan anaknya, akhirnya Fattah Amin dapat bertemu dengan Nur Fatima Aisya. Perkongsian oleh Fattah buat ramai tersentuh. Alahai, sebaknya baca kapsyen yang Fattah tulis..
Baru-baru ini ketika ditemubual oleh wartawan dalam sebuah rancangan, Fattah Amin ada meluahkan yang dirinya sudah lama tidak berjumpa dengan anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya. Namun Fattah tidak mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Fattah Amin, telah dikongsikan beberapa gambar yang memaparkan Fattah dapat berjumpa dengan Fatima. Menerusi gambar itu, bermacam-macam gaya dibuat Fatima ketika gambarnya diambil dan jelas kelihatan dua beranak ini begitu seronak dapat berjumpa.
Namun, luahan Fattah di ruangan kapsyen telah mengundang sebak warganet. Tulis Fattah, berharap agar Fatima tidak akan bersedih kerana dapat berjumpa dengan dirinya tidak lama. Tulis Fattah lagi, meskipun hanya dapat memeluk Fatima sekejap, hatinya selama-lamanya akan ‘memeluk’ Fatima.

Selain itu, peminat-peminat Fattah turut tumpang gembira apabila melihat gambar Fattah dapat berjumpa dengan Fatima. Sehingga kini, perkongsian terbaru Fattah tersebut telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya tersentuh dengan perkongsian oleh Fattah dan ramai yang turut menitipkan doa buat Fattah dan Fatima. Antara komen-komen menarik adalah :
” Terima kasih mummy tlg jagakan anak daddy dgn baik dan sempurna. Kasih seorang ayah hingga ke syurga.. Alhamdulillah dh jumpa fatima.. “
” Bergenang air mata auntie bila tengok gambar ni. Kasih sayang antara seorang ayah dengan anak perempuan nya ikatan sampai ke jannah begitu juga kasih sayang anak dan ibunya.. “
” Harapnya hubungan ayah dan anak tidak diputuskan sehingga bila bila, fatimah deserve kasih sayang seorang ibu & ayah sampai jannah, Aamiin.. “
” Alhamdulilah.. Semoga Allah SWT terus pelihara kasih syg ini hingga ke syurga.. Alhamdulillah.. fatima msti rinduuuuuuuuuu sngat tu dgn daddy kannn.. “
” Alhamdulillah. Both happy. Dpt hilang rindu walau sekejap.. X tau kenapa.. Sedihhh tgk pic ni.. Semoga rasa cinta dan rindu bertaut selamanya.. “
” Auntie doakan semoga Fatima sentiasa merindui daddy.. Semoga baik2 saje Fatima dgn daddy & mommy nya.. Kasih ayah sepanjang masa.. semoga sihat2 selalu FA dan Fatima.. “
” Kasih ayah sampai ke syurga… Terus kuat Fattah… Ikatan perkahwinan dgn ex-wife telah putus tapi ikatan dgn anak selamanya tak akan putus.. “
Hubungan silaturahim antara ayah dan anak pastinya tidak akan terputus sampai bila-bila, begitu juga antara ibu dan anak. Semoga Fattah dan Fazura boleh menjadi co-parenting partner yang baik demi kebaikan anak mereka. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang baik-baik untuk Fatima, Fattah dan juga Fazura.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fattahaminz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Orang chat mak saya macam seolah-olah mak saya tak pandai jaga saya, macam saya dah teruk sangat.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


