Viral
” Esok birthday Johariah. Sudah 25 tahun bekerja dengan saya.. ” – Tunku Hajah Azizah
 
																								
												
												
											Hadiah Istimewa Daripada Air Tangan Tunku Hajah Azizah Buat Pekerjanya Mendapat Pujian Dan Buat Ramai Tersentuh. Wah, Beruntung Sangat Tuan Punya Badan Kerana Dihargai Sebegini !!
Umum mengetahui bahawa Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sangat gemar memasak. Baginda sangat mengetahui selok-belok tentang masakan dan lebih suka menyediakan sendiri makanannya.
Apabila Baginda memasak, apa sahaja yang terkurang di dalam masakannya pasti akan diketahuinya. Bukan itu sahaja, baginda juga sangat pantas memasak atau menyediakan makanan di dapur. Baginda juga tidak lokek untuk berkongsi resepi masakannya.
Lihat sahaja laman Instagram baginda yang banyak berkongsi pelbagai juadah dan masakan yang baginda sediakan. Sesiapa sahaja yang melihat pasti akan terliur. Tunku Hajah Azizah bukan sahaja pandai memasak malah seorang yang cantik dan juga bijak.

Menerusi akaun Instagram, Tunku Hajah Azizah memuatnaik kek yang dibuat oleh baginda khas untuk pekerjanya bernama Johariah. Kek ini dibuat sempena hari lahir pekerjanya itu yang jatuh pada keesokan harinya. Nampak sedap sungguh kek tersebut.
Ikuti perkongsian di bawah :
https://www.instagram.com/p/CAMo-gznfbB/
Rata-rata netizen memuji sikap Tunku Hajah Azizah yang begitu menghargai para pekerjanya. Antara komen-komen mereka :
” Bertuahnya Johariah. Permaisuri yg buatkn kek birthday, mulianya hati tuanku.. “
” Sedapnya dan cantik Tuanku permaisuri. Happy birthday Johariah.. “
” Coffee lover. nampak sedap sangat kek ni Tuanku, beruntung tuan punya badan.. Happy Birthday to you .. “
” Segak sungguh lah kek ni, Tuanku.. “
” Wow nampak sedap…. ade kerja kosong tak Tuanku… patik ingin skali berkerja dengan Tuanku.. “
” Sonoknya apabila dihargai… sanah helwah johariah.. “
” Semoga Allah Taala murahkan rezeki & kurniakan banyak pahala. Allahumma Amin.. “
” MasyaAllah.. bertuahnya dia, tuanku permaisuri agung yang masakkan kek bday dia. bukan beli tu.. sungguh luar biasa. semoga Allah merahmati tuanku.. “
Wah, beruntung sungguh tuan badan kerana mendapat hadiah yang begitu istimewa sempena hari lahir. Kerana sikap Tunku Hajah Azizah yang begitu baik membuatkan pekerjanya itu berkhidmat begitu lama dengannya sehingga 25 tahun.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tunku Azizah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
									 
									 
									 
									 
									
