Artis / Selebriti
” Dorang yang menangis berpeluk, aku dekat sini pulak teriak.. ” – Netizen
Video Dato’ Red Tanpa Sengaja Merakamkan Moment Yang Menyedihkan Antara Adira Dan Ibunya Ketika Sedang Live Buat Ramai Sebak. Alahai Sedihnya Tengok !!
Menerusi perkongsian beberapa akaun Tiktok, telah dimuatnaik video ketika Dato’ Red membuat live pada pagi raya. Sebagaimana yang semua maklum, Dato’ Red beraya bersama Adira dan anak-anak di rumah keluarga Adira di Kuching, Sarawak.
Dato’ Red memberitahu ibu Adira sanggup berhabis untuk membelikan tiket supaya Dato’ Red dapat pulang beraya bersama-sama tahun ini. Menerusi video ini, Dato’ Red tanpa sengaja telah merakamkan satu moment yang menyedihkan antara Adira dan ibunya itu.
Ibu Adira menangis kerana terlalu sedih kerana impiannya untuk beraya di pagi raya bersama Adira dan Dato’ Red tercapai. Apabila melihat ibunya menangis, Adira terus memeluk ibunya dan cuba menenangkan hati sang ibu. Hati ibu mana yang tidak sedih, 5 tahun penantian akhirnya hari yang dinantikan tiba jua.

Memetik komen warganet, jelas betapa sayangnya ibu Adira kepada Dato’ Red, menantu yang baik dan melayani anak dan cucunya dengan penuh kasih sayang. Sweet sahaja melihat Adira menyantuni ibunya, penuh dengan rasa kasih menyuapkan ibunya makan. Adira sememangnya seorang anak yang baik dan solehah.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@media_penglipurlara Doakan yang baik-baik buat mereka sekeluarga. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ☺️ #adira #datukred #raya #viral #fypp
@mom_aqilalfathi Mak adira belikan tiket dato,nak dato beraya dgn family adira ❤️ #datored #datinred #adirasuhaimi #viral
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Kalau mertua syg mesti menantu baik. betapa kluarga beria melihat kluarga tok bersatu… tidak mahu ada perbalahan antara tok dan adira.. Semoga jodoh dato red dan adira berkekalan.. ”
” Itu tanda mak adira nak jodoh adira & dato red berkekalan. orang tua kalau tak sayang, tak kan sampai menjemput & beli kan tiket. itu tanda mak & family adira sayang dato red.. ”
” Tak boleh tahan airmata tengok mak adira nangis tu. Sayangnya dia pada dato’ red dan adira. harapan mak nak rasa beraya dengan anak menantu.. ”
” Ibu sebak tgok anak betapa kuat nya anak aku ni dlm apa jua stil nmpk gembira, lg² menantu ada situ ohhh lg sebak.. ”
” Mak mana nk tengok anaknya bercerai.. Tambah lagi dato’ red sayang dia macam mak sendiri. lagi lah sayu.. ”
” Drg yang menangis berpeluk, aku dekat sini pulak teriak. bab-bab mak ni, tak boleh lah. Tak tergambar hati mak adira tu gembira bercampur baur dengan sedih dapat beraya dengan anak menantu.. ”
” Happy nya mak dapat tengok adira dengan dato red berkumpul. Sayang mak pada dato’ red.. moga ada keajaiban dan korang tetap bersama selamanya.. ”
Alahai sedih pula mendengar Dato’ Red berkata itu sahaja mak yang dia ada. Kasih sayang ibu mertua yang tak berbelah bagi untuk anak dan menantu. Semoga jika ada kesempatan dan peluang, ikatan perkahwinan Adira dan Dato’ Red dapat diselamatkan, pasti mak lah orang paling gembira.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mediapenglipurlara, Tiktok Missroses, Tiktok Freedom
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti7 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen



