Artis / Selebriti
” Dia memang menghayati betul, sayang hujung-hujung terkucil.. ” – Komen Netizen

Video Hafiz Suip terkucil ketika menyanyi di AJL 39 buat ramai peminat kecewa. Alahai kesiannya Hafiz. Part akhir nyanyian memang jelas terdengar suara Hafiz yang terkucil. Apa-apa pun, persembahan ni memang menyentuh hati..
Meninjau ke akaun instagram TV3Malaysia, perkongsian sebuah video yang memaparkan persembahan Hafiz Suip ketika Anugerah Juara Lagu 39 yang berlangsung semalam telah meraih perhatian ramai. Hafiz mempertaruhkan lagunya berjudul Pasti Bersinar.
Apa yang mengecewakan peminat Hafiz ialah ketika di akhir nyanyiannya, suara Hafiz agak sedikit sumbang. Ia berlaku sebanyak dua kali dan sangat jelas didengari. Mungkin kerana Hafiz sangat menghayati lagu tersebut yang membuatnya sedikit berasa sebak.
Hafiz juga telah menjemput Herman Tino yang dahulunya merupakan salah satu watak dalam video muzik berjudul Awan Nano. Menerusi video muzik tersebut Herman memegang watak sebagai ayah kepada Hafiz. Kali ini ia seperti satu kesinambungan dari lagu Awan Nano.
Perkongsian video ini telah menerima lebih empat ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pada malam semalam, Hafiz tidak memenangi sebarang anugerah walaupun sebelum ini Hafiz pernah menjuarai vokal terbaik untuk beberapa kali.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai peminat berasa agak kecewa apabila mendengar suara Hafiz yang sedikit sumbang di bahagian akhir. Antara komen-komen yang diberikan :
” Paling simple .. lirik tu MCM kena Ngan diri dia skrg ek .sbb tu dia sebak ending.. ni klau mng xthu la. trkucil 2 kali. aritu nabila razali kena tiaw abisan dgn netizen.. “
” Dia terkucil tadi . Apa2 pun hope he got the placement.. vokal terbaik mungkin dia terlepas peluang utk menang,klu lagu mungkin ada peluang sebab lagu terbaik dah di pilih awal… “
” Dia memang menghayati betul tadi.. tapi memang power dia punya persembahan.. menusuk kalbu.. masa ajl 34 terkucil tapi boleh menang vokal terbaik jugak .. “
” Sayang hujung hujung tadi terkucil . frust aku.. Aku tgk ajl blik sb nk tgk hafiz.. Tak pe jnji aku puas tgk dia kt ajl blik.. “
” Congratulations Hafiz..wlupun sedikit out suara…tapi suara still power .. Dah layan habis dah td..Tp Terkucil jelas td masa last tu..frust betul.. “
” Terlebih aura sampai terkucil. Persembahan dia simple je,tp menusuk. Sayang terkuncil final AJL …semifinal ok lagi rasanya.. “
” Yg last suara dia knpa terpeleot.. Alaa terkucil.. Almost perfect tadi.. saya sokong hafizz…saya tahu perasaan dia. 2x terkucil sbb dia nangis kot td.. “
Walaupun suara Hafiz terkucil, persembahan Hafiz cukup menyentuh perasaan para penonton. Vokal Hafiz cukup sempurna dari awal nyanyian lagi dan hanya saat terakhir sahaja sedikit sumbang. Apa-apa pun, tahniah buat Hafiz kerana akhirnya mara ke AJL dan mengubati rindu para peminat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG TV3Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen