Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia ingat kawan-kawan dia, dia pergi tutup. ‘ Don’t lah tengok your cellphone ‘.. ” – Jojie Aminuddin

Ella Aminuddin Kongsi Pengalaman Duduk Di Sebelah Presiden Russia, Vladimir Putin Dalam Sebuah Majlis Buat Ramai Terhibur. Boleh Pulak Ella Tak Sedar Itu Adalah Putin. Selamba Je Ella Cakap Dan Tutup Phone Putin Macam Tu. Terus Bodyguard Putin Datang, Haha !!

Meninjau ke akaun Tiktok Ella, perkongsian sebuah video yang memaparkan sesi temubual bersama Ella dan Jojie telah meraih perhatian ramai. Menerusi video ini Ella telah berkongsi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya ketika berada dalam satu majlis sidang media.

Dalam majlis tersebut Ella berpeluang untuk duduk di sebelah Presiden Rusia iaitu Vladimir Putin. Pada ketika itu Ella sememangnya tidak menyedari yang itu adalah Presiden Rusia. Ella dengan selambanya menegur Putin yang ketika itu sedang leka dengan telefon pintarnya.

Apabila menyedari tindakan Ella itu beberapa bodyguard Putin telah merapati Ella, namun Ella masih tetap tenang dan cool. Presiden Putin juga sempat bergurau semula dengan Ella apabila Ella menegurnya. Turut ada dalam majlis tersebut beberapa selebriti terkenal iaitu Leonardo Dicaprio, Naomi Campbell dan Preity Zinta.

Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Jojie juga turut terhibur melihat reaksi Ella ketika berada dalam majlis sidang media tersebut. Memang menghiburkan Ella ni.

Jom tonton video di bawah :

@ellaaminuddins

Pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila Ella berjumpa dengan Vladimir Putin, Perdana Menteri Rusia pada ketika itu. Gementar sebab dikelilingi oleh bodyguard beliau tapi Ella tetap cool. Selain itu Ella berjumpa Leonardo DiCaprio, Naomi Campbell, Preity Zinta dalam majlis yang sama. Tonton episode penuh di YouTube Ella Rasa dan jangan lupa untuk Subscribe. #ellarasa #ellaaminuddin #rockqueen #peaceloverindu

♬ original sound – Ella Aminuddin – Ella Aminuddin

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Ella punya manjah smpai Putin pun kalah.. sempoi gurau ngan Mr Putin.. patutlah korie kata Ella ni blur tapi klakar.. “

” Mcm tu je putin kena dgn ella.. so maksud kita bolh mintak putin backup Malaysia sebb putin suka ella ? Β ke tak leh.. “

” Pakai inner sanggul je pn cantik nyah. dikwn kwn je putin tu…. hahahahaha… comel kak el.. ella jer boleh ya, korg jgn mcm2 eih.. “

” Lawaklah ella ni best dengar. nasib baik putin x push button nuclear.. kalau x abis Malaysia. apakah Ella punya perangai Β Putin kot.. “

” Naseb tak kena tarik ngn bodyguard Mr.Putin tu.. Mudanya suara ella mcm 30an je.. Siyes r putin prdana mnteri? Dia presiden la.. “

” Tq ella masa tu puting tengah mesej hacker suruh hack komputer kat malaysia.. aku geram je dgn ella ni tau…rsa nk cubittttt pipi dia..haha…ape2 mmg love laaa dgn dia… “

” Wowww bestnya.. seronok dengo pengalaman kak Ell.. Lucky she is still alive. Hahahaha. nasib baik Ella boleh balik Msia.. “

Wah, bertuah Ella dapat duduk di sebelah Presiden Rusia. Pastinya pengalaman ini tidak dapat dilupakan oleh Ella seumur hidupnya. Bukan calang-calang orang dapat duduk di sebelah Presiden Rusia ni, tambahan pula dapat bergurau senda pula.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Ella

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT