Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia buat 1 Malaysia menangis. Suara sama dengan ibu dia sangat sangat. ” – Komen Netizen

Video penuh anak Shuib Sepahtu, Talita menyanyikan lagu Cakra Khan, Kekasih Bayangan di Bukit Bintang raih pujian ramai. Best sangat suara Dekta, bukan senang nak nak menyanyi 1st time depan ramai orang macam tu. Part senyum kenyit mata tu sebijik macam ibu.. 

Semalam satu Bukit Bintang menanti kehadiran satu-satunya anak perempuan tunggal Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin, Dzahira Talita Zahra. Talita yang mendapat tawaran daripada geng 3 Pagi Era untuk busking bersama sangat teruja untuk menyanyi di hadapan semua orang.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ixorra Design dan Era.je, telah dikongsikan video yang memaparkan Talita menyampaikan lagu pertamanya berjudul Kekasih Bayangan. Lagu yang dipopularkan oleh penyanyi negara jiran, Cakra Khan ini antara lagu yang selalu Dekta nyanyikan ketika live.

Vokal Talita sangat membanggakan dan Talita membuktikan dia mempunyai bakat nyanyian seperti arwah ibunya. Sekali pun menyanyi di hadapan ramai penonton, Talita tidak gentar malahan Talita mendapat sokongan yang padu daripada semua penonton semalam.

Bersorak semua yang menyaksikan nyanyian live Talita itu. Talita mewarisi bakat ibunya dan tidak mustahil Talita boleh menjadi penyanyi hebat seperti Siti Sarah. Talita sudah ada beribu-ribu peminat yang akan sentiasa menjadi s menyokong setia Talita.

Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :

@cikdiamond123

Lagu Kekasih Bayangan by Talita di Bukit Bintang @shuibsepahtu 👍👍 talita dekta shuibsepahtu sitisarahraissuddin

♬ original sound – Ixorra Design – Ixorra Design

@era.je

Adik Thalita praktis lagu Kekasih Bayangan ni untuk korang!! Adik Thalita akan jadi seorang penyanyi yang hebat nanti!! 💚 #ERARadioNo1PalingLegit

♬ original sound – ERA – ERA

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Masya Allah best suara Dekta ni.. dah tersuka tanpa sengaja lagu Kekasih Bayangan ni sebab dekta.. dekta akan jadi bintang macam ibu nanti.. “

” Sedihnya semua fmily support dan bangga dengan thalita.. u can do more thalita.. I trust you.. shes trying to be her mother. goodjob dekta.. “

” Sumpah Thalita ni chomel manis macam arwah ibu dia jugak. suara sama dengan ibu dia sangat sangat.. “

” Sumpah the energy the support, memang superb.. atok pandang cucu macam terbayang arwah siti sarah.. “

” Atok thalita mmg the best supporter Dr dulu zaman siti Sarah n now cucu dye plak ….. mmg ever n ever lar terbaikkkkk atoookkkkkkk..”

” Suara dia ada serak serak basah ke macam mana eh.. unik sangat suara dekta ni.. sedap sesuai sangat dengan lagu ni.. “

” Kak siti sarah tngok laa anak perempuan akak nyanyi lagu akaK. rasa mcm akk adee , dye mcm akk. dye buat 1malaysia nangis. moga arwah siti sarah tenang disana.. “

” To be honest saya tngu 4 thun moments ni.. The first day aruah mnggal Sgt brhrp ada 1 of ank2 dia warisi bakat aruah.. Tahnia shuib tq atok, wati n ur fmly.. U guys did it very well.. “

” Senyum kenyit mata.. ya Allah teringat masa awah siti sarah minta duit ngan suami dia.. dia punya gelak. Allahumagfir laha warham ha wa’aafihi wafu anha.. “

Talita nama yang akan sentiasa menjadi sebutan ramai terutamanya peminat setia Siti Sarah. Talita umpama bayangan Siti Sarah yang akan bersinar dan terus bersinar pada masa akan datang. Tahniah Talita atas kejayaan show pertama Talita semalam.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Ixorra Design, Tiktok Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT