Artis / Selebriti
” Dah kenapa semua jadi macam ni. Lawak betul dengan Ning pun suara ke laut dalam.. ” – Komen Netizen

Video Ning Baizura melayan karaoke berantai menyanyi lagu Awan Yang Terpilu bersama team Gempak buat warganet terhibur. Adui seksa betul dengar semua menyanyi. Dengan Ning pun masuk air sekali. Habis rosak lagu, haha..
Ning Baizura salah seorang peserta Gegar Vaganza 11 yang masih berbisa. Keunikan suara Ning dan bakat nyanyian yang dimilikinya itu membuatkan Ning diminati oleh peminat sehingga ke saat ini. Selain itu, sikap Ning yang tidak sombong dan peramah disukai ramai.
Meninjau entry di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ning bersama beberapa orang yang lain menyanyi karaoke berantai. Mereka memilih salah satu lagu popular Ning berjudul Awan Yang Terpilu. Tidak semua orang mampu menyanyikan lagu ini dengan bagus sebagaimana Ning.
Menerusi video perkongsian ini, semua mencuba untuk menyanyi sebaik yang boleh. Ning kelihatan rileks sahaja kerana vokalnya memang mantap tetapi untuk rakan-rakan lain ianya sukar. Habis terkeluar semua suara sumbang masing-masing kerana suara tak sampai.
Warganet terhibur melihat telatah Ning bersama rakan-rakannya ini. Ning juga membuat suara yang sumbang dan berbeza dengan nyanyian sebenarnya. Memetik komen warganet, suara Ning dan yang lain-lain kedengaran sama sahaja, rosak lagu apabila di ‘karokganza’.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 300 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hahaha nampak seksa sangat lagu ni.. adui kelakar dengan Ning pun sama masuk air.. lucu sangat.. “
” Senyum aku sorang-sorang tengok Ning duk layan depa ni, dengan Ning sekali jadi sama macam depa.. “
” Kak Ning memang terbaik.. Dekat sini suara Ning pun dah sama level ajer dengan yang lain-lain.. “
” Karokganzaa haha.. Tak sakit suara kak ning makan lauk tu banyak minyak takut suara kak ning tak okey.. “
” Awan yang terlebih pilu ni.. kalau tak record, mesti masing2 nak kepit suara bersepranoh mengalahkan penyanyi asal.. “
” Struggle betul yang nombor 3 tu haha.. dah kenapa semua jadi macam ni.. lawak betul dengan Ning pun suara ke laut dalam.. “
” Lagu ni tinggi sangat, tu yang masing-masing semput nafas nak menyanyi.. kelakar eh masing-masing punya suara.. “
Lawak sungguh gaya menyanyi masing-masing sehingga penyanyi asal pun boleh kedengaran sumbang menyanyi. Ning memang sporting dan kelakar orangnya. Ada orang-orang di sekeliling yang havoc seperti ini memang boleh hilang segala stress dan menceriakan suasana.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Viral5 days ago
” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak nak fly jauh weh. Touching la kita tengok Faz packing. Siap kiss pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dari tadi saya dengar suara dia, air mata ini meleleh je.. ” – Misha Omar